Assalammualaikum wahai teman dan sahabat,
Adakah anda seorang anak atau telah menjadi ibu atau ayah? Jika yang telah menjadi ibu atau ayah pasti pernah juga merasai perasaan seorang anak itu bagaimana kan? betul tak? Hehehehehe....walaupun saya hanya seorang anak dan insya Allah apabila saya telah berkahwin nanti mesti saya juga merasai untuk menjadi seorang ibu.
Ape yang saya ingin kongsikan adalah tentang setiap yang menjadi anak pasti mempunyai 'bicara hati' yang tersemat di dadanya dan disimpan begitu saja. Betul tak? Ape yang dikatekan bicara hati seorang anak dalam topik ini? Bicara hati yang dimaksudkan adalah setiap anak yang telah dilahirkan di muka bumi Allah ini pasti mempunyai nilai sebuah perasaan yang ingin dikongsikan bersama ibu dan bapanya serta ahli keluarganya tetapi apabila hajat dan keinginannya tidak tercapai pasti timbul perasaan protes atau pun tidak puas hati. Saya juga seorang anak,saya tahu perasaan sedemikian. Tetapi pernah seorang ustaz ini berkata pada saya ketika itu saya menghadiri Kursus Kepimpinan di sekolah dan ustaz itu mengatakan bahawa "seorang ibu dan bapa itu boleh memahami perasaan anak-anaknya tetapi belum tentu lagi seorang anak itu boleh memahami perasaan kedua-dua orang tuanya". Disaat itu,saya tersentap mendengar ape yang dikatekan oleh ustaz tu. Dan saya mula berfikir ape yang dicakapkan olehnya. Jadi disaat itu, saya cuba belajar memahami dan mengenali ibu bapa saya. Nasihat saya sebagai seorang anak kepada anak-anak yang lain, sesiapa yang mempunyai ibu atau ayah lagi atau kedua-duanya, berikanlah mereka kegembiraan. Kegembiraan yang dimaksudkan disini adalah bukan semata-mata memberi wang ringgit tetapi kurangkanlah bebannya dengan membantunya dalam segala hal kite boleh bantu. Disaat melihat wajah ibu dan ayah tersenyum kegembiraan pasti wujud, kesenangan dan kegembiraan dalam hati kite yang boleh di ibaratkan "Dalam Hati Ada Taman"....hahahahaha! Seorang anak mesti memahami hati dan mengenali hati budi ibu bapa sendiri. Setiap kekurangan yang ada mereka terimalah seadanya kerana merekalah kite berada dan berpijak di atas muka bumi Allah ini.
Pernah dengar tak frasa kata "Redha Allah terletak pada Redha Ibu bapa"??? mesti pernah dengarkan? Nak tahu kenapa begitu? ini pandangan dan pendapat saya,saya juga seorang insan biasa dan alhamdulillah dengan redha Allah dan kasih sayang ibu bapa saya, saya berjaya mencapai sesuatu yang sukar dicapai dek akal saya. Jika kita menjaga hati ibu bapa mereka setiap apa yang kite buat pasti beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t tetapi jika hati ibu atau bapa kite hancur dan sedih kerana sikap atau perbuatan kite...Ya Allah! hanya Yang Maha Kuasa saje yang tahu betapa sedihnya ibu bapa kite. Mesti ada fikir "macam cik mun pernah rase pulak"...Hehehehe...alhamdulillah dengan izin Allah...Allah mengurniakan saya perasaan empati...saya meletakkan diri saya dalam situasi orang lain...saya bayangkan jikalau lah ibu dan bapa saya sedih kerana sikap saya yang negatif mesti hancur hati mereka. Jadi mulai sekarang ini kenalilah mereka wahai sahabat sekalian. Belikanlah dan berikan sesuatu kepada mereka walaupun tak mahal tetapi ia mempunyai nilai kasih sayang yang diberikan oleh anak kepada ibu atau bapanya. Tidak semestinya di Hari Lahirnya kite belikan hadiah atau something tetapi di hari-hari yang biasa pun boleh. Kenali ape kegemaran mereka dan belikan untuk mereka. Tidak kisah kite laburkan sedikit wang ringgit untuk ibu bapa kite. Walaupun gaji saya adalah sederhana tetapi yang saya selalu ingat "setiap rezeki yang aku dapat ada rezeki orang lain". Saya praktikkan perkara ini semenjak saya bekerja. Alhamdulillah yang ingin saya kongsikan adalah hati saya gembira setiap ape yang saya ada. Walaupun saya juga mempunyai keinginan hendak membeli gajet-gajet yang ada dipasaran tetapi saya lebih menyayangi sesuatu yang sedia ada. Sebab bapa saya mengajar saya erti sebuah 'penghargaan'. Dia ajar saya tentang bagaimana nak menghargai sesuatu. Ketika di zaman sekolah rendah kawan-kawan sekolah semua bawa duit belanje RM5 paling minimum tetapi ibu bapa saya bagi saya RM 1 sahaja disekolah rendah sehinggalah darjah 6...hehehehehe...air bawak sendiri dari umah...pernah kawan sekelas tanya "kenapa sikit sangat ayah ko kasi duit belanje? ayah aku kasi RM5 kadang-kadang dapat RM10"...yang saya jawab RM1 cukup untuk saya. saya pernah tanya ayah saya "papa,kenapa kasi seringgit je? sikit sangat ira nak beli". lepas tu,papa jawab "ira,kena belajar berjimat".sejak itu saya tak tanye banyak dan tidak minta lebih dari seringgit melainkan jika ayah saya berikan lebih dari itu yang pernah saya dapat adalah seringgit empat puluh sen (RM 1.40). Lama-kelamaaan saya belajar untuk menghargai setiap ape yang saya dapat adalah bukanlah mudah. Walaupun ia sikit tetapi mempunyai nilai dan pengajaran yang berharga untuk diri saya sebagai seorang anak. Setiap sesuatu yang saya ada mempunyai nilai kasih sayang dari ibu bapa saya. Jadi wahai semua anak-anak diluar sana, ini adalah perkongsian peribadi dan yang ingin saya berikan kepada kalian semua kenali dan tahu yang ibu bapa kite mempunyai cara mereka yang terbaik untuk mendidik kite. Setiap ape yang dicakapkan oleh mereka itu bukanlah bebelan tetapi nasihat,jangan sampai mereka senyap untuk memberikan nasihat kepada kita. Setiap dicakapkan dan disampaikan oleh mereka,mestilah kite fahami walaupun kadangkala kite sebagai anak tak faham kenapa ibu atau bapa kite berbuat demikian.hehehehehe...Anggaplah mereka telah "makan asam garam kehidupan" terlebih dahulu dari kite. Jadi mereka lebih tahu dan ada pengalaman.
Kenalilah ibu dan bapa kite sebelum kite hendak mengenali 'orang lain' yang akan hadir dalam hidup kite. Utamakan ibu bapa kite sebelum kite mengutamakan cinta hati kite. Hehehehehehe....sayangnya seorang ibu dan bapa tidak sama kasih sayangnya cinta hati kepada kekasihnya. Jadi sayangilah ibu bapa sendiri sebelum sayang kite itu diberikan kepada insan lain yang bernama 'kekasih'. hehehehehehe....pada cik mun,jika seseorang lelaki itu sukakan seorang wanita,kenali dan fahamilah ibu bapa dia sendiri sebelum ingin mencintai seorang wanita yang lain. Jika telah kenal akan sikap dan kasih sayang seorang ibu dan bapanya kepada dirinya, barulah dinamakan hatinya bersedia untuk berkongsi kasih dengan seseorang yang lain. Itulah yang dinamakan kesediaan hati dan sanubari dalam memperolehi keredhaan dan rahmat serta kasih sayang dari kedua-dua pihak iaitu dari Allah s.w.t dan ibu bapa sendiri kerana semestinya Allah s.w.t akan datangkan seseorang untuk menjadi 'suri' atau pun 'kekasih' hati seseorang.
Sesungguhnya entry saya kali ini boleh beroleh pengajaran,manfaat dan berharap segala kekurangan dari entry yang ini, saya memohon maaf. Ini adalah perkongsian dan bicara hati seorang anak yang masih lagi menjadi seorang anak dan insya Allah dengan keizinan dari-Nya suatu hari nnti pasti saya juga menjadi seorang ibu kepada bakal anak-anak saya. Ameen....
W'salam sekian sahaja....
#sesungguhnya segala yang baik itu datangya dari Allah s.w.t dan segala kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri#
"Ira Sayang Papa dan Mama"
"Ira Sayang Papa dan Mama"
No comments:
Post a Comment