Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Friday 11 October 2013

Resepi : Sotong Masak Cili



Nyum-nyum sedapnya!!!! Pedas pun yea jugak!!! 

RESEPI : SOTONG MASAK CILI

Bahan-bahan A :

1) Cili kering 
2) Bawang besar 
3) Air 
4) Blender 

*** Gunting cili kering ikut suka. Gunting terus dalam periuk senang nak masak terus atas dapur. Jangan lupa letak air pulak yea. Ini step nak masak cili kering tu dulu. Tunggu cili tu sampai menggelegak. Lepas itu, angkat perlahan-lahan dan toskan dengan penapis dan bukak air paip tau. Nanti sakit hidung menyengit. Al-maklumlah cili keringkan. Hahahahaha!!! Pasal cili kering tadi tu kalau buat banyak pun takpe.

*** Ok,kupas bawang besar sebiji atau dua biji pun boleh tengok banyak mana cili kering yang kita rebus tadi la yea. Guna bawang besar ni senang dan murah. Lagi-lagi bawang kecik mahal sekarang. Ok pastu dan potong dadu, masukkan cili kering yang direbus tadi yg telah ditoskan tadi sikit demi sikit ke dalam blender beserta air dan bawang besar yang telah dipotong dadu. Buat sikit-sikit. Sampailah dah blend semua.

*** Boleh simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais dan dijadikan stok untuk masak next time. 

Bahan-bahan B :

1) Bawang merah  3 biji ***
2) Bawang putih  3 biji ***
3) Halia sikit - 1/2 inci ***
4) Serai - 2 batang *di ketuk-ketuk je
5) Sotong - 8 ekor (bergantung pada saiznya) *dlm foto tu saiz sederhana
6) Cili yang telah diblend tadi.
7) Kuali 
8) Minyak masak 
9) Gula + garam + ajinamoto *secukup rasa je semua ni*
10) Air masak 

Langkah-langkahnya :

a) Pertama bahan-bahan yang bertanda *** dihiris-hiris. Kuantitinya ikut kepada jumlah sotongnya dan saiz besarnya bawang-bawang itu. Halia digunakan untuk potong bau hanyir sotong tu dalam masakan. Jadi kita gunakan dalam 1/2 inci jer. Dah hiris-hiris tu masuk dalam mangkuk ketiga-tiga bahan tu.

b) Sediakan kuali dan masukkan minyak dalam kuantiti sederhana. Jangan banyak-banyak sangat. Ok, bila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan (a) tadi sampai kekuning-kuningan. Tunggu dan kacau skit-skit sebab nanti melekat pulak kat kuali dan dikhuatiri tergaring pulak. 

c) Bila langkah (b) dah kekuningan, masukkan cili yg dah siap blend tadi dalam semangkuk macam tu,agak-agak je. Ok pastu tunggu sampai cili tu 'pecah minyak' iaitu maksudnya sampailah cili tu masak betul-betul. Macam mane nak tahu cili tu dah 'pecah minyak', bila cili tu dah nampak berkilat-kilat tu maksudnya dah 'pecah minyak' lah tu. Kemudian dalam semasa nak tunggu cili tu 'pecah minyak' masukkan 2 batang serai yang dah diketuk-ketuk. Kalau nampak minyak macam kurang, tambah minyak masak sikit supaya cili tu tak kering sangat selepas 'pecah minyak'. 

d) Kemudian masukkan bahan perasa gula + garam + ajinamoto. semuanya hanya secukup rasa je yea jangan terlalu banyak sangat. Nanti termasin pulak. dah bubuh semua tu, kacau-kacau dan rasalah yea. Kalau rasa pedas sangat, bubuh gula sikit lagi. 

e) Pastu dah tu masukkan sotong dan gaul-gaul dalam kuali. Kalau nampak kering tambah air sikit. Pastu tunggu sampai masak tapi jangan lama-lama sangat nanti sotong tu kecut. 

f) Last skali bolehlah hidangkan dan makan bersama family....hehehehehe.....


Sunday 6 October 2013

Episod 1 : Bermulalah kisah penceritaan aku dan 'si dia'

"Setelah puas aku mencari, akhirnya tanpa aku sangka aku temui kau dalam sujud solat sunat ku. Ya Allah, tidak ku sangka Kau berikan aku petunjuk dialah insan yang ku cari selama ini"

Aku selalu yakin yang perencanaan Allah itu sangat HEBAT. Sememangnya sangat HEBAT. Kerana dengan petunjuknya juga aku beroleh petunjuk dalam sujud ku.

Biar pun aku tidak mengenali kau tetapi hanya melalui gambar saja kita di kenalkan. Mungkin kau juga tidak mengenali aku lagi tetapi hanya gambar saja menjadi penghubung di antara kau dan aku. 

Sehingga ke hari ini, aku masih menunggu panggilan telefon atau sms dari kau. Malu pula aku hendak memulakan langkah pertama biar pun ayah dan ibu ku telah mempersetujuinya lebih awal. Tetapi mereka juga berpesan "Buat Solat Istikharah dulu yea,mohon petunjuk dari Allah". 

Kisah ini bermula apabila kawan kepada kakak ku iaitu Kak A datang ke rumah bersama suaminya dan di bawa pula makcik saudaranya. Tujuannya adalah untuk membincangkan majlis perkahwinan jiran ku yang anaknya bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun hadapan. Sedang mereka sibuk hendak berbincang pasal kos-kos perkahwinan itu, terselit pulak cerita aku. Disitulah bermulanya kisahku iaitu mak saudara Kak A menceritakan tentang anaknya. Ayah aku pulak berminat dengan peribadi 'si dia' ini. Perbualan ini tidak habis di sini selang beberapa jam kemudian, ayah aku tanya lagi tentang pekerjaannya dan bermacam-macam lagi. Sehinggakan aku malu dan segan kerana cara ayah yang berterus terang menanyakan itu dan ini. 

Namun selang beberapa hari kemudian, ayah aku call suami kepada Kak A untuk meminta gambar 'si dia' sebab asyik dengar-dengar saja tetapi ayah nak tahu juga bagaimana rupanya.Tergelak aku bila tengok gelagat ayh aku. Kemudian beberapa minit kemudian Kak A pun whatsapp gambar 'si dia' kepada aku. Kuasa Allah pertama kali aku tengok gambar 'si dia',aku tak terkata apa,cuma tersenyum saja. Kemudian aku tunjukkan kepada ayah aku, dia cakap "budak baik...good looking", sambil dengan muka yang tersenyum ayah aku cakap "nnti buat solat sunat yea.papa serius ni". aku masih lagi tergelak-gelak masa ayh aku katakan sedemikian. Hehehehehe....malu pun yea juga....hehehehe....

Hari berganti hari kemudian setelah seminggu lebih berlalu, Kak A pun whatsapp dan bagi tahu "akak dah cakap dah kat dia...korang kenal-kenallah dulu eh.dia cakap boleh berkawan.kalau rasa dia diam tu.kenelah mulakan dulu sebab dia ni pemalu orangnya". Aku reply "Baik kak".

Sambil-sambil itu aku telah buat Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Istikharah dan Solat Solat Sunat Hajat. Ya Allah, pada malam yang pertama tiada apa yang berlaku. Tetapi setelah malam yang ketiga, Subbhana Allah!!!! Berdegup kencang hati aku kerana terjaga setelah solat sunat aku terlelap sekejap,aku termimpi si dia. Di saat aku melakukan solat sunat itu aku bersihkan minda dan perasaan aku kerana aku tidak pernah mengenali dia dan tidak aku tahu dia bagaimana. Tetapi petunjuk Allah itu sukar untuk katakan disini. Hati aku selalu yakin dan yakin setiap yang diberikan oleh-Nya biar pun aku pernah melalui kepahitan yang sukar terungkap oleh kata-kata. Tetapi keajaiban sebegini adalah pertama kali aku rasai kerana ia berkaitan dengan jodoh. 

Sehingga ke hari ini aku masih menunggu sms,whatsapp,call dari 'si dia' walaupun Kak A telah berikan no telefon ku pada 'si dia'. 


bersambung...............