Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Monday 22 April 2013

Syukur Alhamdulillah! Sujud Syukur! Ameen!

Assalammualaikum wahai abang, adik, kakak, semua sahabat dan teman,

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnianya dan dengan izin-Nya, cik mun beroleh keputusan yang cemerlang untuk kelas pjj cik mun yang telah cik mun selesai ikuti tahun lepas dengan jayanya. Ameen...ameen...ameen...

Rasa nak menangis di saat mencoretkan kisah ini. Apa yang cik mun nak share dengan kalian semua adalah keajaibannya sebuah doa dan usaha yang tanpa putus asa dan dengan tekun. Siapa pun anda, saya mohon dengarlah kisah saya ini agar boleh menjadi pendorong untuk anda berusaha dan terus berusaha tanpa putus asa dalam mencapai sesuatu.

Setiap kali saya berdoa-doa dan berdoa antara perkataan yang saya selalu ucapkan dalam doa saya ke hadrat Allah s.w.t adalah :

"Ya Allah! Jadilah aku pelajar cemerlang di UPM..."
"Kuatkanlah semangat dan keazaman aku untuk terus berjaya supaya aku dapat membantu orang disekeliling aku dengan ilmu yang aku dpt ini"

"Ya Allah! Lembutkan hati ku dan hati pensyarah aku di saat mereka mengajar aku dan memeriksa kertas peperiksaan aku"

itu adalah antara ayat-ayat yang cik mun ucapkan dan sehingga saat ini cik mun ucapkan. 

Bila hendak menduduki,semasa dan selepas menduduki exam mid term dan final setiap semester, cik mun bersungguh-sungguh buat solat hajat serta solat taubat dan memohon ke hadrat Allah untuk mempermudahkan jari jemari cik mun mencoretkan ape yang telah dipelajari dan di baca. Subahanaallah! Doa itu sangat ajaib dan sungguh bermakna. Cik mun seperti orang lain juga ada kelemahan dan kekurangan. Tetapi cik mun tetap terus berusaha untuk mencapai ape yang cik mun nak. Sebab dengan ilmu yang cik mun ada ini, bukanlah untuk cik mun berbangga diri tetapi cik mun hendak membantu semua orang disekeliling cik mun. Itu adalah keazaman cik mun dan keinginan cik mun. Cik Mun pernah jadi seperti orang yang tidak tahu ape-ape, dan di saat cik mun ingin ketahui ape yang cik mun tak faham...Ya Allah, hanya Yang Maha Esa saje yang tahu, amatlah sukar jika kita tidak menjadi pandai dan bijak. Pandai dan bijak bukanlah untuk kepentingan diri semata-mata tetapi dalam ilmu yang kita dapat itu ada rezeki orang lain juga yang perlu kita bantu. Sebab itulah cik mun belajar bersungguh-sungguh! Ketika di zaman sekolah rakan-rakan cik mun ramai yang cemerlang dan gemilang tetapi hehehehehe...cik mun cemerlang dalam kokurikulum dalam akademik, agak sederhana. Hehehehehe....

Jadi atas sebab demikianlah cik mun bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan pengajian akademik wlpn secara pjj. Tetapi itulah rezeki dan keajaiban Allah tidak terkata di saat kita ketahui resultnya. Allah itu Sangat Hebat wahai sahabat semua. Setiap ujian, liku-liku kehidupan dan kejayaan yang ingin kita capai mestilah mempunyai onak dan ranjau perlu kite lalui.

Ingin saya nasihatkan bahawa setiap kali kaki kita 'terpijak' di dalam suatu situasi yang belum tentu kita pasti sama ada itu adalah yang terbaik atau tidak, yakinlah dan percayalah bahawa perencanaan Allah itu sangat hebat, Dia menjadikan sesuatu ujian setiap hamba-Nya pasti ada hikmah-Nya yang sukar kita ketahui apa ada pada awal-awalnya. Tetapi yakinlah kemanisannya pasti kita rasai di akhirnya. 

Ape yang boleh sy cakapkan siape pun anda dan siape pun kite semua nie, kite semua adalah ORANG BERJAYA. Yakin dan teruskan apa yang telah kite mulakan. Disaat meneruskan pengajian dalam kelas tu, adatlah ada onak dan duri tetapi yakinlah onak yang duri itulah karpet yang sangat lembut bila kita perolehi keputusannya. 

Jadilah juga orang yang tidak kedekut ilmu. Kalau kita tahu sesuatu, share dan ajarlah kawan-kawan. Share dan ajar kawan-kawan di sini tidak bermaksud kita boleh bagi contoh assignment kepada kawan-kawan kita tetapi kita lebih kepada membimbing dan menjawab setiap persoalan yang kawan kita tak faham. Maka dengan cara ini, kita menjadi lebih mahir dan lebih tahu ape yang kite belajar. Percayalah semakin kita berkongsi ilmu dan kawan-kawan maka semakin banyaklah manfaat dan ilmu lain yang kite perolehi. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Dia Lebih Mengetahui ape yang TERBAIK untuk diri kita. Jadi jangan takut untuk berkongsi ilmu pelajaran dengan sahabat-handai. Lagi banyak kita share dan berdiskusi ilmu pelajaran maka semakin banyaklah juga kita pelajari dan kita ketahui. Jika kita tak tahu atau tak faham jangan malu hendak bertanya, rajin-rajinlah bertanya dan  berdiskusi dengan sahabat serta pensyarah. Insha Allah semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita perolehi. 

Terima kasih kepada ibu bapa,pensyarah-pensyarah, sahabat handai, rakan-rakan sepejabat yang banyak membantu saya dan mempermudahkan urusan saya di saat saya buat assignment dan ramai lagi. Terima kasih juga kepada bos saya sudi mempermudahkan saya menyiapkan tugasan saya di tahun akhir yang lalu. 

Terima kasih...terima kasih...alhamdulillah...

<Sujud Syukur!!!!...aameen>


Thursday 11 April 2013

Berfikir Sebelum Cakap?

Assalammualaikum semua sahabat! Ape khabar? Cik Mun? alhamdulillah...sihat walafiat...hehehehe...nie ada mood nk cite sesuatu la...coopppp! jap! hehehehe...nak kasi tahu nie,idea topik entry kali nie tercetus bila cik mun teringatkan pesanan seseorang nie...Hihihihihi...nak tahu siape? rahsia....kahkahkahkah! Dia nie kawan istimewa cik mun....hihihihi...dia banyak bagi nasihat pada cik mun...hihihihihi...

Dia penah pesan "kalau nak bercakap kene fikir dulu sebab takut-takut nanti ada hati yang akan terluka dengan ape yang kite bakal cakapkan" Pastu ingat lagi, dia kate "kalau cakap tu jangan sampai orang hilang hormat kat diri kite" Kata-kata dia nie sungguh bermakna dan banyak intipati nye...Hehehehehe...al-maklumlah orang lama yang berpesan. Jadi banyaklah unsur-unsur nasihat. Hihihihi...orang lama tak semestinya orang tua tau...hahahahaha!!!! 

Ok-ok, cik mun nak tanye,siapa dikalangan kite kalau bercakap mesti fikir dulu? Hihihihi...Ok dh ade jwpn nye??? Hihihihi...kalau cik mun,cik mun nie kadang2 tu jenis kalut skit...hahahaha! Nk sgt cpt buat keputusan...tapi bila dah berkawan dengan kawan cik mun nie...dia banyak dan banyak bagi nasihat...itu untungnye berkawan dengan orang lama...sbb dia kasi nasihat dan panduan dalam kehidupan. Bak kate orang dulu-dulu "dia dulu makan garam" jadi dia lebih tahu 'masinnye'...hihihihi...Tapi kadang-kadang kite lak tak paham cara orang lama nie berfikir...kihkihkihkih...

Berbalik pada topik kite,kalau "berfikir sebelum cakap" nie yang cik mun belajar dari kawan cik mun adalah banyak manfaatnye. Hehehehehehe...ape manfaatnye eh??? Yang cik mun belajar, keputusan yang bakal kite ambil itu lebih bererti pada kedua-dua belah pihak dalam ape jua keadaan...kemudian boleh wujudkan win-win situation....yang lebih bererti bila kite "berfikir sebelum cakap" adalah setiap ape yg kite buat dan kite cakapkn tu membuatkan kite jadi lebih matang untuk berfikir dan mendidik diri untuk lebih bijak dalam berbuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang tu, kite cuba untuk mengawal keadaan dengan ape yang kite nak cakapkan tetapi mungkin menjadi buruk. Mungkin keputusan yang kite ambil itu hanya untuk kebaikan diri sndiri bukan diri org lain. Jadi semak balik ape yang dah kite buat. Cik Mun pun pernah berpengalaman kene macam tu, lepas tu cik mun semak balik kenapa jadi macam tu. Memang pahit dan ada kalanye manis keputusan yang kite amek tu. Tetapi setiap yang berlaku tu ada hikmah dan maksud yang tersirat. 

Kadang-kadang yang berlaku tu menguji hati, perasaan, pemikiran, emosi yang mendalam dan banyak lagi.Hehehehe...jadi apa-apa pun berfikirlah sebelum cakap. Ingatan nie untuk diri sendiri cik mun juga yang tak pernah lari dari berbuat salah dan masih belajar dalam mengenali asam garam kehidupan. Insya Allah...^__^

p/s : Terima kasih wahai kawan istimewa yang banyak memberikan nasihat. 

Friday 5 April 2013

Coretan Hati Hamba Allah

Assalammualaikum wahai sahabat-sahabat di luar sana,

"Alhamdulillah dan bersyukur dengan rahmat dan kasih-sayang dari Yang Maha Esa, diri ini sentiasa dikelilingi oleh orang menyayangi diri ini dan mendoakan yang baik-baik untuk diri ini. Ada ketika dan masanya hati ini pasti tersentuh dengan setiap kata-kata yang diberitahu atau dicakapkan oleh orang disekelilingku. Ada ketikanya kata-kata yang baik itu ada berkait rapat dengan 2 perkara yang ingin aku capai dalam kehidupan aku. Hanya Yang Maha Esa saje yang mengetahui segala-galanya. Kata-kata dari semua sahabat,rakan sekerja dan keluarga amatlah memberi sokongan kepada diri ini untuk terus berusaha dan berusaha dalam mencapai cita-cita dan impian. Ada masa dan ketikanya diri ini menjadi tempat rujukan dan diri ini memberikan pendapat yang diharap boleh membantu diri yang bertanya.Yang Allah, manisnya sebuah kebahagian itu disaat aku menikmatinya dan kuatkan semangat serta keazaman diri ini untuk terus memperjuangkan ape yang ku inginkan. Di saat aku ingin mencapai cita-cita aku, aku berdepan dengan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Diri ini mesti membantu ibu dan bapa ku dikala mereka memerlukan. Adik beradik dan nenek yang masih ada membuatkan diri ini untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Bila cakap pasal soal tanggungjawab ramai yang beranggapan bila dah kawen je ada tanggungjawab pada suami atau isteri.Tetapi tanggungjawab kepada ibu bapa,rakan sekerja,pekerjaan dan orang sekeliling? Bagaimana? Kadang-kala hati ini sangat tersentuh pabila melihat rakan didalam kesukaran atau memerlukan bantuan. Walaupun sebenarnya hati ini ingin membantunya. Tapi bagaimana? Diri ini berdoa dan berdoa terus mendoakan agar dia sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan kuatkan semangat serta azam dia untuk berjaya dalam kehidupan. Diri ini sangat kagum dengan pendiriannya dan wajahnya sentiasa mengukir senyuman walaupun hanya hatinya tersimpan 1001 kisah yang mungkin tidak diri ini ketahui. Wahai hati yang mendengar coretan ini, belajarlah untuk menjadi seorang yang empati dan mendengar setiap ape yang diperkatakan oleh seseorang itu. Setiap kesusahan dan kesukaran oleh orang lain tidak sama dengan kesukaran yang dialami oleh kite. Jadilah seorang yang memahami dan mengerti keperluan orang lain. Hati ini sentiasa terdetik dan berfikir bagaimanalah hendak membantunya, yang ku mohon ke hadrat Allah s.w.t, agar dipermudahkan segala urusannya dan ditambah rezekinya setiap saat agar dia beroleh kemampuan untuk hidup. Diri ini yakin Yang Maha Esa itu sangat hebat, Dia telah merencanakan Yang Terbaik setiap hamba-Nya. Tetapi jika ada insan lain tidak merasai keperitan yang di alami oleh orang lain macam mane? jika diri ini pastilah terasa tetapi Allah lebih mengerti dan memahami kite. Didunia ini jika di andaikan ada 1001 manusia pasti ada lebih dari 1001 ragam,cara berfikir dan anggapan yang berbeza-beza. Disaat hati ini mencoretkan kisah ini,sebenarnya hati ini juga terluka dengan seorang teman rapat yang telah rapat buat 'seketika' kemudian telah putus kerana kata-kata yang menyakitkan jiwa dan menyentuh sanubari. Wahai hati yang membaca, kerana keegoaan adakalanya telah merosakan satu ikatan hubungan teman rapat, tetapi jika hanya sebelah pihak saje yang mengalah.adakah hati yang mengalah itu tidak berduka? mestilah ia berduka? pernah tak terfikir,sampai bila kite hendak menjadi seorang yang memahami kalau orang lain tak memahami kite? Tetapi atas nasihat sahabat dan rakan yang lain setelah difikirkan biarlah diri kite dididik untuk menjadi seorang yang memahami dan menjadi lebih baik dan belajar membuat perubahan diri. Keajaiban kata-kata adalah satu doa.pernah dengar pepatah orang kate setiap 44 kali yang diperkatakan oleh orang itu pasti menjadi kenyataan kerana ia adalah DOA. Di mata manusia, kite adalah yang terbaik tetapi kite adalah diri kite,kite lebih tahu keadaan diri kite. Manusia adakalanya memerlukan perubahan ke arah yang lebih baik bukan kerana inginkan pujian atau ape pun. Tetapi perubahan kerana Allah pasti mendatangkan kepada kite sesuatu kebaikan yang tidak disangka-sangka. Maka atas demikianlah keredhaan Allah, kesanggupan buat sesuatu itu kerana Allah dengan izin-Nya insya Allah mendorong kite untuk menjadi muslimin dan muslimat yang diredhai oleh-Nya dalam ape jua keadaan yang kite lakukan. Sesungguhnya redha Allah sentiasa bersama-sama orang yang selalu berbuat sesuatu itu kerana Allah...ameen..insya Allah.."

Wednesday 3 April 2013

We Trying To Be Best But For Whom???

Assalammualaikum wahai semua insan yang senantiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa...

Topik kite hari nie pasal "we trying to be best for whom???". Selalunya kite ingin atau hendak menjadi yang terbaik tapi untuk siapa? Pernah tak kite terfikir? Segala ape yang kite buat itu atas tujuan ape dan untuk ape...kenape....macam-macam lagi lah kan...? 

Jika ditanya pada cik mun,cik mun berpendapat kite jadi yang terbaik adalah kerana diri kite sendiri. Bukan kerana orang lain. Orang lain berikan kite semangat dan sokongan untuk laksanakan sesuatu itu. tapi pape pun terpulang pada diri kite sendiri. 

Disini cik mun nak share pengalaman cik mun sendiri masa zaman sekolah cik mun selalu tengok sesetengah student tu famous dan top sebab dia atlet,pelajar cemerlang dan bermacam-macam lagi lah. Pastu cik mun fikir kenapalah diorang tu semua ada daya tarikan yang hebat sebegitu! Wowww! hebatkan! hehehehehe...cik mun hanyalah pelajar biasa lepas tu pendiam pulak tu tak banyak cakap kalau nak cakap pun bila cikgu tanye soalan. jadi kalau tak paham,cik mun tanye kat cikgu selepas habis kelas. sebab malu sangat-sangat. Lama-kelamaan cik mun belajar dan cuba membuat perubahan diri dan mula mengetahui untuk menjadi orang hebat ape-ape pun mesti bermula pada diri sendiri. Cik mun dulu sangat pendiam dan pemalu. Hihihihihi...hinggalah masa tingkatan 4,masa tu cik mun jadi 'bidan terjun' untuk pertandingan pidato kat sekolah. Masa tu cik mun duduk asrama,senior cik mun demam jadi senior panas teruk tu cakap "akak dah siapkan teks,jadi adik tolong akak.wakilkan sekolah".masa tu cik mun tak kate ape la hanya gelak besar! tapi cik mun cuba beranikan diri. Ok senang citer,sekolah cik mun masa tu kalahlah! hahahahaha! sebab cik mun pun takde persiapan pape. 

Ok pastu yang best sekali masa Tingkatan 5,itulah zaman kegemilangan kat sekolah semakin banyak menempah nama kemenangan dalam pidato,syarahan agama,forum remaja. Cuma pantun je tak reti sangat.Tu tak masuk bertanding.Ni pengalaman yang sangat-sangat best! Nak tahu kenapa,cik mun nak share masa cik mun nak gi bertanding syarahan agama kat satu sekolah nie (tak ingat nama sekolahnya ape), ada beberapa wakil sekolah yang lain tanye "awak munirah budak sekolah sementa tu ker?" cik mun teringat lagi yang pertama kali cik mun terdetik dalam hati adalah "aku pakai name tag nie...lagi tanye...gelak-gelak". "A..ah...sy munirah.kenape awak tanye?" ....budak tu cakap "saya dengar dari budak sekolah lain awk hebat bila berpidato". Ya Allah! hanya Allah saje yang tahu perasaan cik mun ketika tu. Cik mun jawab "saya biasa-biasa je.kite semua yang wakil sekolah semuanye hebat-hebat". hehehehehe...itulah yang saya cakap dengan budak tu. Bila dah naik ke tingkatan 6, cik mun masih lagi meneruskan delegasi pidato dan join forum remaja malahan cik mun training budak lower six untuk gi pidato,alhamdulillah budak tu Johan masa tu. Alhamdulillah....pengalaman sangat best dan manis sehingga kini masih lagi cik mun ingat.Masa form six pidato dan forum yang cik mun masuk tu tak dapat juara tetapi dalam lingkungan top 5,alhamdulillah dapat jadi top 5 daripada 24 pasukan sekolah di sekitar KL. Hihihihihi...kenangan manis! syokkk!!! yang best sekali masa pertandingan forum remaja tu buat kat Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD)...fuuuhhhh! tgk pasukan sekolah yang lain-lain datang ramai sangat-sangat! berdebar-debar! tapi cik mun bersyukur sangat-sangat sebab kami bawak pasukan penyokong yang semuanya terdiri daripada kawan-kawan form six gak. Diorang memang sporting! dan best! hehehehehehe!!!!  jadi bersemangatlah jugak...hehehehe...

Yang cik mun nak share disini adalah semua orang antara kite nie boleh jadi hebat dan bukan sahaja melihat orang lain jadi hebat tak bermaksud kite sendiri tak boleh jadi hebat. Hehehehehe...kite pun boleh! Yang penting kite MESTI CUBA dan TERUS BERUSAHA! Walaupun kite ada kekurangan tetapi jadikanlah kekurangan itu sebagai kekuatan untuk kite terus mencapai dan untuk menjadikan diri kite sebagai orang HEBAT! dan jadilah yang TERBAIK kerana diri sendiri bukan semata-mata untuk meraih nama mahupun anugerah semata-mata atau gelaran semata-mata. Tetapi niatlah KERANA ALLAH...! kite jadi yang TERBAIK dan buat yang TERBAIK semata-mata KERANA ALLAH!...

W'salam. 

p/s : Rindu zaman sekolah ketika melontarkan suara didepan khalayak ramai! ahakkks! (gediks pulak!) 

"Tidak Wajib Membalas SMS Lagi"

Assalammualaikum permulaan kata dan bual bicara dari cik mun untuk 
sidang pembaca sekalian,

Bila korang semua baca topik entry kali nie ape yang kalian terfikir? Mesti ada bermacam-macam persoalan yang muncul kan? Mesti ada yang cakap "nie macam nak putus kawan je" tak pun ada terfikir "nie macam dah tak nak kawan aku je" kalau lebih perit lagi kalau kite memahami frasa kata tu sebagai "dia nie macam dah BUANG aku dari hidup dia je.macam tak nk kawan terus je nie". Sedihkan kalau orang yang pernah kite rapat tak kisahlah sesiapa pn,lelaki atau perempuan tetapi kalau si dia reply sms mcm tu kat kite mesti sedih kan sangat-sangat. Rase macam hati nie dicantas-cantas dengan pedang samurai kan? Hahahahaha!!!! Betul tak? 

Kalau orang lelaki yang baca entry nie mesti fikir "orang pompuan nie sensitif sangat la.ayat macam tu pun pk bukan-bukan". Hehehehehe...wahai jejaka-jejaka kacak di luar sana tu, ingatlah walaupun sms korang kat orang perempuan tak lengkap aytnye dah membuatkan kami orang perempuan fikir lain. Kalau cakap dalam tepon dengan suara,kite tahu intonasinye macam mane kan? Jd orang perempuan tak fikir negatif. tetapi kalau pasal bab ayat-ayat nie,please take note yer kerana kesilapan menaip ayat yang kurang tepat boleh mengundang pelbagai implikasi dan tafsiran. Ni tak bermaksud kitorang semua gurl-gurl very sensitif tetapi perasaan perempuan nie mudah terusik. 

Entry malam nie bukanlah cik mun nk beremosi pulak tetapi kerana 2 perkataan "tidak wajib" membalas sms itu membawa terlalu banyak pengertian. Sedihnya jiwa si wanita kerana menerima sms sedemikian. Jika wanita sedih atau lelaki itu bersedih wajarlah egonya akan meninggi kerana hendak menutupkan keperitan yang tercalit didalam hatinya. Tetapi biarlah jadilah seorang PEMAAF,tiada guna simpan dendam yang tidak bawak ke mane pun malah menyakitkan lagi hati sendiri je. Ingatlah Allah dan redha Allah. Pasti Allah permudahkan segala urusan kite dan Allah pasti membaik pulihkan hati kite yang terluka. Insya Allah...ameen...

Kuasa Allah tu sangat Hebat! Di hati kite inilah bermacam-macam perasaan yang tersimpan, ada perasaan gembira,sedih,pedih,pilu,terkilan dan bermacam-macam lagi. Cik Mun selalu berdoa kepada Allah supaya kuatkan semangat dan kuatkan hati cik mun dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang cik mun rasai. Di saat hati kite tersimpan 1001 kisah sama ada suka atau duka,di saat itulah Allah telah mengetahui segala-galanya apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan yang bakal berlaku. Doa itu keajaiban orang Islam, jadi berdoa dan berdoa tanpa putus asa. Setiap kepiluan dan kekecewaan itu pasti Allah gantikan dengan rezeki dan kegembiraan yang tersangat-sangat banyak kepada diri kita. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyanyang,setiap yang diberikan pasti memberikan HIKMAH yang melimpah ruah! Yakin dengan Kuasa Allah! 

W'salam.