Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Friday, 5 April 2013

Coretan Hati Hamba Allah

Assalammualaikum wahai sahabat-sahabat di luar sana,

"Alhamdulillah dan bersyukur dengan rahmat dan kasih-sayang dari Yang Maha Esa, diri ini sentiasa dikelilingi oleh orang menyayangi diri ini dan mendoakan yang baik-baik untuk diri ini. Ada ketika dan masanya hati ini pasti tersentuh dengan setiap kata-kata yang diberitahu atau dicakapkan oleh orang disekelilingku. Ada ketikanya kata-kata yang baik itu ada berkait rapat dengan 2 perkara yang ingin aku capai dalam kehidupan aku. Hanya Yang Maha Esa saje yang mengetahui segala-galanya. Kata-kata dari semua sahabat,rakan sekerja dan keluarga amatlah memberi sokongan kepada diri ini untuk terus berusaha dan berusaha dalam mencapai cita-cita dan impian. Ada masa dan ketikanya diri ini menjadi tempat rujukan dan diri ini memberikan pendapat yang diharap boleh membantu diri yang bertanya.Yang Allah, manisnya sebuah kebahagian itu disaat aku menikmatinya dan kuatkan semangat serta keazaman diri ini untuk terus memperjuangkan ape yang ku inginkan. Di saat aku ingin mencapai cita-cita aku, aku berdepan dengan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Diri ini mesti membantu ibu dan bapa ku dikala mereka memerlukan. Adik beradik dan nenek yang masih ada membuatkan diri ini untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Bila cakap pasal soal tanggungjawab ramai yang beranggapan bila dah kawen je ada tanggungjawab pada suami atau isteri.Tetapi tanggungjawab kepada ibu bapa,rakan sekerja,pekerjaan dan orang sekeliling? Bagaimana? Kadang-kala hati ini sangat tersentuh pabila melihat rakan didalam kesukaran atau memerlukan bantuan. Walaupun sebenarnya hati ini ingin membantunya. Tapi bagaimana? Diri ini berdoa dan berdoa terus mendoakan agar dia sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan kuatkan semangat serta azam dia untuk berjaya dalam kehidupan. Diri ini sangat kagum dengan pendiriannya dan wajahnya sentiasa mengukir senyuman walaupun hanya hatinya tersimpan 1001 kisah yang mungkin tidak diri ini ketahui. Wahai hati yang mendengar coretan ini, belajarlah untuk menjadi seorang yang empati dan mendengar setiap ape yang diperkatakan oleh seseorang itu. Setiap kesusahan dan kesukaran oleh orang lain tidak sama dengan kesukaran yang dialami oleh kite. Jadilah seorang yang memahami dan mengerti keperluan orang lain. Hati ini sentiasa terdetik dan berfikir bagaimanalah hendak membantunya, yang ku mohon ke hadrat Allah s.w.t, agar dipermudahkan segala urusannya dan ditambah rezekinya setiap saat agar dia beroleh kemampuan untuk hidup. Diri ini yakin Yang Maha Esa itu sangat hebat, Dia telah merencanakan Yang Terbaik setiap hamba-Nya. Tetapi jika ada insan lain tidak merasai keperitan yang di alami oleh orang lain macam mane? jika diri ini pastilah terasa tetapi Allah lebih mengerti dan memahami kite. Didunia ini jika di andaikan ada 1001 manusia pasti ada lebih dari 1001 ragam,cara berfikir dan anggapan yang berbeza-beza. Disaat hati ini mencoretkan kisah ini,sebenarnya hati ini juga terluka dengan seorang teman rapat yang telah rapat buat 'seketika' kemudian telah putus kerana kata-kata yang menyakitkan jiwa dan menyentuh sanubari. Wahai hati yang membaca, kerana keegoaan adakalanya telah merosakan satu ikatan hubungan teman rapat, tetapi jika hanya sebelah pihak saje yang mengalah.adakah hati yang mengalah itu tidak berduka? mestilah ia berduka? pernah tak terfikir,sampai bila kite hendak menjadi seorang yang memahami kalau orang lain tak memahami kite? Tetapi atas nasihat sahabat dan rakan yang lain setelah difikirkan biarlah diri kite dididik untuk menjadi seorang yang memahami dan menjadi lebih baik dan belajar membuat perubahan diri. Keajaiban kata-kata adalah satu doa.pernah dengar pepatah orang kate setiap 44 kali yang diperkatakan oleh orang itu pasti menjadi kenyataan kerana ia adalah DOA. Di mata manusia, kite adalah yang terbaik tetapi kite adalah diri kite,kite lebih tahu keadaan diri kite. Manusia adakalanya memerlukan perubahan ke arah yang lebih baik bukan kerana inginkan pujian atau ape pun. Tetapi perubahan kerana Allah pasti mendatangkan kepada kite sesuatu kebaikan yang tidak disangka-sangka. Maka atas demikianlah keredhaan Allah, kesanggupan buat sesuatu itu kerana Allah dengan izin-Nya insya Allah mendorong kite untuk menjadi muslimin dan muslimat yang diredhai oleh-Nya dalam ape jua keadaan yang kite lakukan. Sesungguhnya redha Allah sentiasa bersama-sama orang yang selalu berbuat sesuatu itu kerana Allah...ameen..insya Allah.."

No comments:

Post a Comment