Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Wednesday 17 June 2015

Berjumpa dengan Jamu Jalinan Cinta (JJC)

Assalammualaikum semua,

Setelah sekian lama tidak menjengah blog ni...

Puasa pertama hari ni...Ramadhan kali ini saya rasa agak terkilan dan masih lagi kesunyian kerana telah perginya kedua-dua cahaya mata yang telah kandungkan.Mungkin belum rezeki saya lagi untuk kali ini. Untuk mengandung kali 3,saya perlu buat check-up di hospital. Doktor pakar juga telah pesan,berehat dulu dan jangan mengandung lagi.

Disebalik kisah ini sebenarnya saya ingin kongsikan sesuatu yang bermakna dalam hidup saya. Walaupun saya telah kehilangan kedua-dua cahaya mata tetapi Allah berikan saya seorang suami yang banyak membantu, bertanggungjawab, penyayang dan sangat-sangat memotivasikan saya disaat-saat saya 'down'. Pernah saya tanya "abang tak sedih ker anak abang meninggal?". Jawapan suami saya "abang sedih tapi abang mesti kuat,kalau abang menangis depan sayang,nanti sayang lemah.abang nak sayang kuat semangat dan bersabar.Ada hikmah atas apa yang berlaku.Mana tahu Allah nak beri rezeki lain pada kita berdua". Setelah itu, saya tidak mampu hendak berkata apa-apa,hanya air mata bergenang dan tunggu hendak mengalir je. 

Di saat kita kesedihan,ibu mertua juga berikan kata-kata semangat dan katanya "ira kene redha". Masih segar dalam ingatan ini, ketika saya mengerang kesakitan seperti wanita bersalin,suami saya berada di samping saya. Dia berzikir tanpa henti sambil memeluk saya.Di dalam anak mata suami saya,tersimpan bermacam-macam perasaan yang dapat saya rasakan. 

Walaupun ada kawan-kawan saya telah hamil dan bersalin tetapi tidak kurang juga ada herdik dan kata saya 'manja' kerana baru keguguran 2x tetapi dah patah semangat dan sedih.Biarlah apa orang nak cakap pasal kita tetapi yang penting Allah,ibu bapa dan suami saya tahu apa yang tersimpan didalam hati saya. 

Disaat saya keguguran kali pertama dulu,saya kurang penjagaan sangat.Mungkin pertama kali kot, jadi panik tak tahu buat ape. Jadi apabila kejadian yang sama berlaku lagi, tiada rezeki untuk saya, saya telah keguguran kali ke 2. Pada ketika itu, saya bertekad untuk menjaga kesihatan saya dalam pantang betul-betul sehingga sekarang hari ini 18/06/2015 saya masih berstoking tebal ke pejabat walaupun pada pandangan orang, orang nampak tak cantik je saya kan? tapi takpelah lepas raya nanti boleh cantik-cantik.

Dalam tempoh seminggu mc,saya kenal dengan sorang kakak pengedar jamu susuk dara ni,setelah saya tanyakan pasal jamu untuk orang selepas bersalin / keguguran. Jamu Jalinan Cinta namanya untuk wanita selepas bersalin / keguguran. Syukur alhamdulillah dengan izin dari Allah,saya makan jamu ni 2 biji pagi 2 biji mlm seperti yang disarankan oleh kakak tersebut,saya rasalah perubahan badan saya semakin baik dari hari ke hari. Sekarang dah 3 botol saya makan. Alhamdulillah banyak manafaatnya. 


Kebaikan dan manfaat Jamu Jalinan Cinta :

→merawat luka2 bersalin,pembedahan,keguguran
→membanyakkan susu
→memberi tenaga & kesegaran selepas bersalin
→mengeluarkan darah kotor&menghasilkan darah baru & fresh
→melancarkan pembuangan air bsr & kecil
→membuang angin dlm bdn
→melancarkan peredaran drh
→merawat luka,kudis,bisul,kayap,nanah
→mempercepatkan luka sembuh
→membaik pulih luka dlmn
→merawat kulit muka berjerawat di muka & bdn
→menyembuhkan kegatalan hidung & telinga (resdung)
→menghangatkan bdn dari terkena sejuk meroyan
→mematikan kuman & mencegah kanser
→merawat senggugut,period keluar sikit2&berketul
→menaikkan seri wajah,kulit licin gebu & lembut
→merawat jerawat batu,jerawat resdung yg bernanah
→menghilangkn parut2 jerawat yg hitam di muka
→membantu maintain/turunkan brt bdn
→membantu mematangkan ovum bg yg ada mslh ovum kecil & x matang
→membantu menormalkan period yg berpanjangan akibat mslh hormon

Ramai orang yang tidak tahu khasiat jamu susuk dara ni, setelah amalkan barulah tahu kesannya.

Jika anda wanita dan sayangkan kesihatan dalaman,cubalah jamu jalinan cinta ini. 

Lagi-lagi sekarang ada promosi. PM dan whatsapp saya : 0192593531


Thursday 26 February 2015

Ayah...Ibu....Papa....Mama.....Ummi....Abi....Walid.....

Assalammualaikum semua,

Setelah sekian lama,saya tidak mencoretkan sesuatu pun di blog ini....

Malam ni terasa hati ini hendak mengarang sesuatu....

Tajuk malam ini tentang seseorang yang telah membawa kita ke dunia ini dengan izin dan kasih sayangnya Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t. 

Siapakah gerangannya??? Mestilah ibu bapa kita....jadi siapa kita dengan mereka? 

Kita adalah anak....semua orang pernah menjadi 'anak' dan mempunyai 'anak' kan? 

Tetapi semasa kita kecil,kita tak tahu pun tanggungjawab sebenar-benar seorang 'anak' sehinggalah kita telah dewasa, kita sedar apa tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang anak. Tetapi persoalannya sekarang adakah kita masih sedar dan faham apakah peranan kita sebagai anak? 

Pengalaman saya ketika kecil dan ketika saya di usia remaja sekolah lagi, ketika itu ke mana saja saya nak pergi mesti bersama-sama mama atau papa saya. Tidaklah saya dibiarkan seorang diri pergi ke sana sini. Dan ibu bapa saya tidak membiarkan saya pergi ke sana sini dengan kawan yang tidak dikenalinya. Mungkin ketika itu kes culik la, kes macam-macam lah yang berlaku di luar sana merisaukan ibu bapa saya. Tapi masa saya zaman sekolah kalau boleh saya nak je keluar dengan kawan-kawan tetapi mama papa saya tidak akan membiarkan saya sosial begitu sahaja. Tapi masa tu masih remaja, jiwa memberontak, garang, degil je. Degil-degil pun dengarlah juga cakap papa mama saya. Hehehehehehehe......tapi masa tu saya tak fikir lagi, apalah sebabnya tak boleh pergi keluar dengan kawan saje-saje gitu rupaya ibu bapa saya mendidik saya dengan cara yang betul.

Setelah semakin meningkat dewasa saya mula melihat dan mempelajari sesuatu dari pengalaman saya semasa kecil dulu. Jika dulu kita bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa kita, sekarang kita masih lagi bergantung pada mereka tetapi pergantungan itu lebih kepada seorang ketua keluarga yang memimpin kita dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang baru iaitu di gelar sebagai "suami". Tapi adakah tanggungjawab kita pada ibu bapa telah selesai? Ini pendapat saya dan perasaan saya sebagai seorang anak, jika saya ada anak, saya nak anak saya jenguk saya setiap hari tetapi disebabkan jauh, dapatlah saya jumpa anak saya seminggu sekali atau tidak pun sebulan sekali atau mendengar suaranya di telefon sahaja pun boleh. Itulah perasaan saya sebagai seorang anak. Alangkah tersentuhnya hati saya, bergenang air mata sikit apabila papa saya memberitahu perkara yang sama, apa yang saya fahami dan rasai. Apa yang boleh saya katakan disini, ada masanya kita perlu meletakkan diri kita didalam peranan sebagai seorang 'ayah' atau sebagai seorang 'ibu'. Maka dengan meletakkan diri kita sedemikian, maka dapatlah kita rasai apa yang ibu bapa kita rasai. Jangan kerana kita 'anak' kita fikir sebagai 'anak' sahaja, tetapi fikirlah suatu hari nanti kita pasti mempunyai zuriat kita sendiri. 

Seorang ibu atau bapa tidak menginginkan harta mengunung tinggi tetapi harta mereka adalah 'anak'. Itulah harta yang paling berharga. Jika mereka tidak meminta sesen pun wang ringgit, berikanlah semampu yang boleh kepada mereka kerana manalah tahu mereka ada keinginan atau keperluan yang mereka mahu beli. Jika mereka tegur atau marah sesuatu, sabarlah dan ingatlah tegur dan marahnya mereka itu kerana sayang....jadi berikan sedikit kasih sayang yang kita ada kepada mereka walaupun di bibir mereka tidak menyebut atau melafazkan yang kita ayat 'sayang' itu. Bagaimana hendak memberikan kasih sayang kepada mereka? Cukuplah dengan memberikan sepenuh perhatian, sebahagian wang ringgit mengikut kemampuan, sedikit pemberian dari kita seperti baju atau apa sahaja untuk mereka tanpa menunggu hari lahir atau hari special mereka dan tanyakan khabar berita selalu-selalu. 

Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang mama yang tegas, garang (ikut time) pandai masak, rajin, bijak pandai dan seorang papa yang penyayang, kelakar, penyabar, pandai masak dan macam-macam lagi. Kerana ibu bapa sayalah saya belajar itu dan ini pasal kehidupan. Bapa saya banyak menasihati saya macam-macam dan berikan tips macam-macam. Nanti saya ada anak, saya nak ceritakan pasal kisah ibu dan bapa saya kepada mereka supaya dijadikan contoh dan tauladan kepada cucu cicit akan datang. 

Setiap manusia tidak sempurna, buruk baiknya ibu bapa kita, merekalah sebaik-baiknya ibu bapa yang telah melahirkan dan mendidik kita. Setiap kebaikan dan keburukan yang ada itu adalah kekurangan setiap manusia. Saya pun ada kekurangan dan saya tidak tahu kelebihan saya apa, melainkan orang disekeliling yang menilainya. Jadi terimalah dengan hati terbuka ibu bapa kita sebagaimana yang diberikan oleh Maha Pencipta. Ada hikmah dan kebaikan setiap pemberian daripada-Nya. Belajarlah sesuatu atas setiap pemberian daripada-Nya. Jangan membandingkan apa yang ada dan tiada pada ibu bapa kita dengan ibu bapa orang lain. 

Sekian sahaja untuk kali ini.....

W'salam. 


Rindunya kat papa mama saya...

Majlis persandingan saya bersama papa mama saya.