Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Saturday 19 July 2014

Kisah cinta aku dan si dia...



Jom tengok kami......hehehehehe.... ^_^ 

Biar video menceritakan segalanya....

"Sayang abg banyak-banyak" 


Saturday 5 July 2014

Biskut Dahlia

Bahan-bahan :

Bahan-bahan (A) 

  • 300 gram mentega (butter)
  • 160 gram gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 240 gram tepung gandum ***
  • 100 gram tepung jagung ***
  • 160 gram tepung kastard ***
  • ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
  • 2 cawan besar conflakes yang dikisar halus
 (*** gaul rata dalam 1 bekas besar dan ayak 3x yea) 

Bahan-bahan (B)
  • 3 sudu besar planta (margerin)
  • 150 gram tepung jagung (tidak perlu di ayak atau di adun)

Cara Membuat :

1. Putar mentega dan gula aising sehingga berkrim dengan menggunakan speed yang sederhana laju, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar.

2. Kemudian masukkan (3 tepung yang telah di gaul dan di ayak) sikit demi sikit dan gaul dengan tangan atau spatula. Tapi nak mudah saya guna tangan dan tambah sikit demi sedikit dan gaul. 

3. Masukkan conflakes yang telah dikisar itu. 

4. Kemudian mesti rapuhkan adunan itu? Jadi jangan khuatir. Kita teruskan dengan bahan-bahan B iaitu tambah 3 sudu besar planta dan sikit demi sedikit tepung jagung. Ikut pada kesesuaian yea supaya mudah nanti nak masuk dalam acuan biskut dahlia. Kalau keras sangat-sangat nanti sakit jari nak tekan kalau berlebih tepung jagung. Kalau terlebih planta nanti terlembik pula. Jadi sedang-sedang je yea. Ikut pada kesesuaian dan keselesaan individu masing-masing yea. 

5. Kemudian telah siap semua. Buat doh bulat-bulat kecik sebab mudah untuk masukkan dalam acuan biskut dahlia. Tekan adunan dalam acuan itu atas dulang pembakar. Kemudian hiaskan dengan ceri kecil yang telah dipotong-potong yea. 

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. 

Catatan : Resepi ini adalah hasil pengalaman sendiri yang turut google untuk membuat biskut dahlia. Jadi resepi dalam ini adalah try and error yang saya belajar dalam proses pembuatan biskut dahlia. Hehehehe.....ini untuk juadah raya tahun ini. Encik suami nak rasa. Hehehehe...

Selamat Mencuba!!! Pasti sedapppp!!! 

Jom tengok hasilnya :





Doh-doh kecil untuk dimasukkan dalam acuan biskut dahlia. 


Acuan Biskut Dahlia

Siap bakar

Wednesday 25 June 2014

Bercinta Selepas Nikah

Bercinta selepas nikah???

Siapa pernah alami situasi ini? 

Alhamdulillah dengan izin dan kasih sayang dari Allah s.w.t, saya telah selamat di ijab kabulkan dengan suami saya. Kami telah dipertemukan oleh keluarga masing-masing. Kami diperkenalkan oleh sepupunya. Pada mulanya hanya hendak kenal-kenal sahaja. Lama-kelamaan tidak disedari ia telah membawa kami ke jinjang pelamin. 

Syukur...Alhamdulillah...
Itu yang boleh saya katakan....

Mesti orang tertanya-tanya macam mana agaknya bercinta selepas nikah??? 
Hehehehehe....bercinta selepas nikah ni amat-amatlah indah. Itu yang boleh saya katakan disini kerana semuanya telah halal dan dibawah keberkatan dan lindungan Allah. 

Bercinta selepas nikah tidak sama seperti bercinta sebelum nikah atau istilah yang lebih difahami dinamakan "couple"....hehehehehe....sekarang telah menjadi suatu budaya dan amalan dikalangan masyarakat kita iaitu "couple" dulu untuk mengenali hati budi la katenye. Maaf yea kepada semua rakan-rakan diluar sana...saya amat-amat tidak bersetuju dengan kenyataan "untuk mengenali hati budi pasangan" adalah dengan bercouple. Sebelum saya bernikah, saya ada juga berkawan dengan orang lain tetapi apabila mereka hendak mendekati saya lebih sebagai seorang kawan, saya akan menyuruh mereka berjumpa dengan ibu bapa saya. Tetapi alangkah sedihnya,semuanya tidak berani dan hanya mengatakan "tidak bersedia lagi"...."tunggu la dulu"..."duit tak cukup lagi.nanti kena suruh masuk meminang pulak". Pada saat itu, saya sudah mengenali rentak dan trend lelaki yang mempunyai "spesis" sebegini. 

Saya sejak dahulu lagi memang sudah niat dalam hati "aku hendak bercinta selepas nikah,jika ada lelaki yang ikhlas dan jujur dengan aku.aku nak dia menikahi aku sebagai isteri yang sah". Itulah kata-kata yang selalu bermain di fikiran saya. Pada saya jika, lelaki itu benar-benar ikhlas, baik dan jujur dengan diri kita dia juga pasti memilih untuk bercinta selepas nikah. 

Lafaz syukur....saya dipertemukan oleh Allah dengan suami saya sekarang....
Solat Hajat....telah saya buat dan dengan kehebatan Allah...Solat Hajat pertama kali saya,saya telah diberikan petunjuk oleh Allah....wajah suami saya sekarang...
Menitis air mata saya...kerana terkejut pun ada...terharu pun ada...
Kerana dengan izin dan kasih sayang darinya saya bertemu dengan seorang lelaki yang saya idam-idamkan untuk menjadi suami saya dan bapa kepada bakal-bakal zuriat saya nanti. Insha Allah....

Setiap kali dalam doa selepas solat...dan sujud terakhir saya setiap kali selepas solat fardhu...
Saya berdoa untuk beroleh suami yang beriman,bertaqwa,pengasih,penyayang,bertanggjawab dan boleh membimbing saya ke jalan yang lurus. Jika ditanya kenapa tidak mendoakan seorang suami yang kacak? Jawapan saya, saya inginkan sikap seorang suami yang boleh menjadi benteng dan pelindung untuk saya dalam melayari alam perkahwinan bersama-sama dia....rupa paras yang sederhana sudah cukup untuk saya menerima dia seadanya. Dalam dunia ini tiada siapa pun yang sempurna. Jadi jika kita telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang 80% dari ciri-ciri yang kita inginkan...ucaplah syukur alhamdulillah...kerana lagi 20% itu sebenarnya ada dalam diri kita...kita lengkap melengkapilah antara satu sama dan lain.

Indahnya percintaan selepas bernikah dalam alam perkahwinan ini adalah setiap hari seperti hari untuk kita mengenali si dia....bercinta dan berkasih dengan dia...kita rasa ingin mengenali dia dengan lebih rapat lagi...dari segi makanan kegemarannya,minat dia,pakaian yang dia suka dan bermacam-macam lagi. Yang lebih menariknya lagi, kita mengenali dia sebagai sahabat,sebagai kawan,sebagai teman dan banyak lagi. 

Apa yang boleh saya katakan...
Bercintalah selepas nikah....manisnya perkahwinan itu kerana REDHA ALLAH...
Jika bercinta sebelum nikah,adab-adab pergaulan dan tutur kata belum tentu beroleh REDHA ALLAH....jika hati kita berkata-kata sesuatu yang kurang enak, bermaksud iman kita telah berbunyi untuk kita menyedari bahawasanya kita telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Maha Pencipta. 

Dalam perkahwinan adalah "LADANG PAHALA" bagi seorang isteri...
Jadi semailah dengan penuh kasih sayang dan kecintaan seorang isteri kepada suaminya...
Kata-kata pesanan ini selalu saya dengar sebelum saya berkahwin kemudian selepas saya berkahwin,barulah saya mengerti "LADANG PAHALA" yang dimaksudkan itu....

Allah berikan kita seorang pasangan yang dijadikan untuk melengkapi diri kita. Kita bukanlah seorang manusia yang sangat sempurna. "Not 100% Perfect".Hehehehehe....jadi janganlah terlalu mencari kesempurnaan. Kesempurnaan itu berlaku apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain. 

Akhir kata, 

"Abg,terima kasih menerima syg seadanya.Hadirnya abg dalam hidup syg adalah kurniaan Allah kepada syg. Itulah rezeki paling besar Allah kurniakan abg kepada syg.Syg bersyukur kerana abg hadir dalam hidup syg.Alhamdulillah....doa syg,syg mohon kpd Allah untuk melindungi perkahwinan kita agar saling cinta-mencintai dan kasih mengasihi antara satu sama lain hingga ke akhir hayat.Aameen...."


Friday 3 January 2014

Sardin Masak Kari

Bahan-bahan :

1 tin sardin saiz bsr
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Santan Cap Kara
Garam,gula,ajinomoto
Asam Jawa Extrak Adabi
Minyak masak sikit
Serbuk kari ikan cap Faezah
Halba campur
1 biji kentang
Air masak

Cara membuat :

Bahagian A : Sebelum memasak
1. Hiris halus2 bawang merah,bawang putih,halia sikit sahaja dalam setengah inci,kentang dipotong secara dadu ikut pada saiz yang sederhana kecil.pastikan saiz sama besar supaya masak nanti sekata.

2. Rendam Halba Campur dengan air panas sekejap kemudian toskan.

3. Ambil 2 sudu bsr setengah kari ikan dan campur dengan air masak dalam 1 mangkuk yang lain.

4. Tuang santan cap Kara ke dalam mangkuk lain tetapi jangan tuang semua. Sukat dengan 2 sudu besar sahaja kemudian campur air yea tapi jangan banyak sangat2 air nanti terlalu cair,jadi agak2 yea ikut keperluan.

Bahagian B : Mula memasak
1. Panaskan minyak dalam periuk yang bersaiz sederhana dan ada penutup.

2. Tumis bawang merah,bawang putih dengan halia dalam periuk yang telah dipanaskan minyak masak.

3. Kemudian dah tumis macam garing sikit masukkan halba campur dan tumis lagi sampai naik bau halba campur tu.

4. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dalam mangkuk tu.Kemudian kacau2 sekejap.Tunggu sampai pecah minyak.

5. Masukkan air sikit demi sikit ikut pada kesesuaian kuah tu sahaja sebab mesti pekat waktu ni kuah tu.Jgn letak banyak2 nanti cair pulak.

6. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu tadi dan tutup sikit untuk biarkan kentang itu empuk dan masak secukupnya.Perlahankan api sikit dan biarkan 2 minit-3 minit dan amik sebiji kentang tu slps itu utk rasa dengan garfu sama ada telah empuk atau belum.

7. Kemudian masukkan santan kara yang telah di campur dengan air tu. Tapi masa tuang ke dalam periuk tu jangan tuang semua takut cair sangat nnti kuah tu,jadi tuang sikit demi sikit dan jika dah rasa ok,jangan masukkan lagi yea.

8. Kacau2 sikit lagi pastu bukak tin sardin saiz bsr tu dan tuangkn kuah sardin itu dahulu sbb sardin masin. Jadi bila dah tuang kuah dari tin tu,kacau2 dan rasa.jika kurang masin rasa tawar masukkan garam sikit demi sikitdan kacau.bubuh juga gula sikit,ajinamoto sikit dan asam jawa adabi tu letak sebesar duit 5 sen sahaja.sikit sahaja.jangan letak banyak pulak nnti masam pulak.semua bahan perasa letak sikit sahaja.kacau dan kacau lagi.

9.Bila semua dah sedang elok rasa barulah masukkan ikan sardin tu.masa masukkan ikan sardin tu jangan kacau kuat2 nnti hancur ikan sardin tu. Jadi masukkan,kacau sikit2 je.pastu dalam 1 minit sahaja tutup api. Ikan sardin tu dah masak jadi jgn lama2 ats dapur yea.

10. Boleh hidangkan dengan family!

Selamat Mencuba semua!