Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Friday 29 March 2013

Bicara Hati Seorang Anak

Assalammualaikum wahai teman dan sahabat,

Adakah anda seorang anak atau telah menjadi ibu atau ayah? Jika yang telah menjadi ibu atau ayah pasti pernah juga merasai perasaan seorang anak itu bagaimana kan? betul tak? Hehehehehe....walaupun saya hanya seorang anak dan insya Allah apabila saya telah berkahwin nanti mesti saya juga merasai untuk menjadi seorang ibu. 

Ape yang saya ingin kongsikan adalah tentang setiap yang menjadi anak pasti mempunyai 'bicara hati' yang tersemat di dadanya dan disimpan begitu saja. Betul tak? Ape yang dikatekan bicara hati seorang anak dalam topik ini? Bicara hati yang dimaksudkan adalah setiap anak yang telah dilahirkan di muka bumi Allah ini pasti mempunyai nilai sebuah perasaan yang ingin dikongsikan bersama ibu dan bapanya serta ahli keluarganya tetapi apabila hajat dan keinginannya tidak tercapai pasti timbul perasaan protes atau pun tidak puas hati. Saya juga seorang anak,saya tahu perasaan sedemikian. Tetapi pernah seorang ustaz ini berkata pada saya ketika itu saya menghadiri Kursus Kepimpinan di sekolah dan ustaz itu mengatakan bahawa "seorang ibu dan bapa itu boleh memahami perasaan anak-anaknya tetapi belum tentu lagi seorang anak itu boleh memahami perasaan kedua-dua orang tuanya". Disaat itu,saya tersentap mendengar ape yang dikatekan oleh ustaz tu. Dan saya mula berfikir ape yang dicakapkan olehnya. Jadi disaat itu, saya cuba belajar memahami dan mengenali ibu bapa saya. Nasihat saya sebagai seorang anak kepada anak-anak yang lain, sesiapa yang mempunyai ibu atau ayah lagi atau kedua-duanya, berikanlah mereka kegembiraan. Kegembiraan yang dimaksudkan disini adalah bukan semata-mata memberi wang ringgit tetapi kurangkanlah bebannya dengan membantunya dalam segala hal kite boleh bantu. Disaat melihat wajah ibu dan ayah tersenyum kegembiraan pasti wujud, kesenangan dan kegembiraan dalam hati kite yang boleh di ibaratkan "Dalam Hati Ada Taman"....hahahahaha! Seorang anak mesti memahami hati dan mengenali hati budi ibu bapa sendiri. Setiap kekurangan yang ada mereka terimalah seadanya kerana merekalah kite berada dan berpijak di atas muka bumi Allah ini. 

Pernah dengar tak frasa kata "Redha Allah terletak pada Redha Ibu bapa"??? mesti pernah dengarkan? Nak tahu kenapa begitu? ini pandangan dan pendapat saya,saya juga seorang insan biasa dan alhamdulillah dengan redha Allah dan kasih sayang ibu bapa saya, saya berjaya mencapai sesuatu yang sukar dicapai dek akal saya. Jika kita menjaga hati ibu bapa mereka setiap apa yang kite buat pasti beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t tetapi jika hati ibu atau bapa kite hancur dan sedih kerana sikap atau perbuatan kite...Ya Allah! hanya Yang Maha Kuasa saje yang tahu betapa sedihnya ibu bapa kite. Mesti ada fikir "macam cik mun pernah rase pulak"...Hehehehe...alhamdulillah dengan izin Allah...Allah mengurniakan saya perasaan empati...saya meletakkan diri saya dalam situasi orang lain...saya bayangkan jikalau lah ibu dan bapa saya sedih kerana sikap saya yang negatif mesti hancur hati mereka. Jadi mulai sekarang ini kenalilah mereka wahai sahabat sekalian. Belikanlah dan berikan sesuatu kepada mereka walaupun tak mahal tetapi ia mempunyai nilai kasih sayang yang diberikan oleh anak kepada ibu atau bapanya. Tidak semestinya di Hari Lahirnya kite belikan hadiah atau something tetapi di hari-hari yang biasa pun boleh. Kenali ape kegemaran mereka dan belikan untuk mereka. Tidak kisah kite laburkan sedikit wang ringgit untuk ibu bapa kite. Walaupun gaji saya adalah sederhana tetapi yang saya selalu ingat "setiap rezeki yang aku dapat ada rezeki orang lain". Saya praktikkan perkara ini semenjak saya bekerja. Alhamdulillah yang ingin saya kongsikan adalah hati saya gembira setiap ape yang saya ada. Walaupun saya juga mempunyai keinginan hendak membeli gajet-gajet yang ada dipasaran tetapi saya lebih menyayangi sesuatu yang sedia ada. Sebab bapa saya mengajar saya erti sebuah 'penghargaan'. Dia ajar saya tentang bagaimana nak menghargai sesuatu. Ketika di zaman sekolah rendah kawan-kawan sekolah semua bawa duit belanje RM5 paling minimum tetapi ibu bapa saya bagi saya RM 1 sahaja disekolah rendah sehinggalah darjah 6...hehehehehe...air bawak sendiri dari umah...pernah kawan sekelas tanya "kenapa sikit sangat ayah ko kasi duit belanje? ayah aku kasi RM5 kadang-kadang dapat RM10"...yang saya jawab RM1 cukup untuk saya. saya pernah tanya ayah saya "papa,kenapa kasi seringgit je? sikit sangat ira nak beli". lepas tu,papa jawab "ira,kena belajar berjimat".sejak itu saya tak tanye banyak dan tidak minta lebih dari seringgit melainkan jika ayah saya berikan lebih dari itu yang pernah saya dapat adalah seringgit empat puluh sen (RM 1.40). Lama-kelamaaan saya belajar untuk menghargai setiap ape yang saya dapat adalah bukanlah mudah. Walaupun ia sikit tetapi mempunyai nilai dan pengajaran yang berharga untuk diri saya sebagai seorang anak. Setiap sesuatu yang saya ada mempunyai nilai kasih sayang dari ibu bapa saya. Jadi wahai semua anak-anak diluar sana, ini adalah perkongsian peribadi dan yang ingin saya berikan kepada kalian semua kenali dan tahu yang ibu bapa kite mempunyai cara mereka yang terbaik untuk mendidik kite. Setiap ape yang dicakapkan oleh mereka itu bukanlah bebelan tetapi nasihat,jangan sampai mereka senyap untuk memberikan nasihat kepada kita. Setiap dicakapkan dan disampaikan oleh mereka,mestilah kite fahami walaupun kadangkala kite sebagai anak tak faham kenapa ibu atau bapa kite berbuat demikian.hehehehehe...Anggaplah mereka telah "makan asam garam kehidupan" terlebih dahulu dari kite. Jadi mereka lebih tahu dan ada pengalaman. 

Kenalilah ibu dan bapa kite sebelum kite hendak mengenali 'orang lain' yang akan hadir dalam hidup kite. Utamakan ibu bapa kite sebelum kite mengutamakan cinta hati kite. Hehehehehehe....sayangnya seorang ibu dan bapa tidak sama kasih sayangnya cinta hati kepada kekasihnya. Jadi sayangilah ibu bapa sendiri sebelum sayang kite itu diberikan kepada insan lain yang bernama 'kekasih'. hehehehehehe....pada cik mun,jika seseorang lelaki itu sukakan seorang wanita,kenali dan fahamilah ibu bapa dia sendiri sebelum ingin mencintai seorang wanita yang lain. Jika telah kenal akan sikap dan kasih sayang seorang ibu dan bapanya kepada dirinya, barulah dinamakan hatinya bersedia untuk berkongsi kasih dengan seseorang yang lain. Itulah yang dinamakan kesediaan hati dan sanubari dalam memperolehi keredhaan dan rahmat serta kasih sayang dari kedua-dua pihak iaitu dari Allah s.w.t dan ibu bapa sendiri kerana semestinya Allah s.w.t akan datangkan seseorang untuk menjadi 'suri' atau pun 'kekasih' hati seseorang. 

Sesungguhnya entry saya kali ini boleh beroleh pengajaran,manfaat dan berharap segala kekurangan dari entry yang ini, saya memohon maaf. Ini adalah perkongsian dan bicara hati seorang anak yang masih lagi menjadi seorang anak dan insya Allah dengan keizinan dari-Nya suatu hari nnti pasti saya juga menjadi seorang ibu kepada bakal anak-anak saya. Ameen....

W'salam sekian sahaja....

#sesungguhnya segala yang baik itu datangya dari Allah s.w.t dan segala kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri#

"Ira Sayang Papa dan Mama"

Secret Admirer???

Salam semua sahabat! Salam penghulu segala hari iaitu Salam Hari Jumaat. Hehehehehe...

Ok cakap pasal topik kite hari nie adalah pasal "secret admirer"? ape tu? kalau ikut tafsiran bahasa melayu dinamakan "Peminat Rahsia"...hihihihi...Cuba tanye diri kite masing-masing siape kat sini yang TAK PERNAH ADA Secret Admirer??? Hihihihi...mustahil lah kalau takde mesti ada....paling kurang pun kite secret admirer kite adalah ibu bapa kite atau guru-guru kite kan kan kan???? Hahahahaha....

Bile nak cite pasal secret admirer nie kan....ape yang membuatkan seseorang itu kite jadikan dia atau anggap dia sebagai secret admirer? Mesti ada kriteria nye kan? hihihihi... Kalau cik mun....mun tertarik pada seseorang itu dan menganggap dia secret admirer kerana sikap dia adalah menarik perhatian kite serta boleh dicontohi. Misalnya masa kat sekolah dulu,cik mun ada meminati seorang guru lelaki nie...time tu cik mun darjah 4 dia pulak mengajar sesi pagi. Jadi bila cik mun sampai sekolah,on the way nak ke kantin sekolah tu mesti nampak cikgu tu mengajar di mana-mana kelas yang berhampiran. Hihihihi...mesti korang semua fikir cikgu tu hensem kan? ish...takde la...dia takdelah hensem...muka boleh tahanlah...kulit sawo matang...yang menarik tentang diri dia adalah walaupun cik mun tak pernah bercakap dengan dia tetapi dia seorang guru yg bila mengajar menggunakan cara yang lain dari guru-guru yang lain. Cara pendekatan dia dari guru-guru yang lain amatlah berbeza dan budak2 dlm kelas dia pun muka hepi je bila time dia mengajar. Itu adalah antara guru yang cik mun anggap dia sebagai secret admirer mun. 

Kemudian masa cik mun di Tingkatan 1 pulak,cik mun suka pada cara seorang ustazah ini mengajar. Ustazah inilah telah mendidik dan mengajar cik mun tentang cara solat yang betul. Ketika saat itu,saya merasakan alhamdulillah kerana ada seorang pendidik yang telah menegur tentang cara solat. Ketika ustazah itu berpindah ke tempat lain,saya rasakan sangat sedih kerana dia seorang guru yang baik dan mendidik setiap anak muridnya dengan sepenuh hati dan sanubarinya. Jika ada dikalangan kawan-kawan cik mun yang tak reti atau tak paham mesti dia ajar kami sampailah faham sehinggakan ramai dikalangan kami beroleh gred A dalam Pendidikan Islam. Terima kasih ustazah. Segala ilmu pengetahuan yang diberikan oleh ustazah tak kan saya lupekan sehingga kini. 

Kenapa kalau kite ada secret admirer kan,kite tidak digalakkan ceritakan pada orang? Sebabnya adalah cara pandangan dan fahaman orang adalah berbeza-beza, mungkin ada juga yang segelintir percaye jika kite menyukai seseorang kerana secret admirer, orang lain akan beranggapan kite 'jatuh hati' pada dia pula. Sedangkan dia hanya secret admirer kite je...Hehehehe...jadi langkah yang sebaik-baiknya adalah diam saje, biar Allah s.w.t je yang tahu. 

Setiap secret admirer tak semestinya tanda kasih dan sayang kite atau pun cinta kite pada nya secara diam-diam.Hahahahaha! Tak semestinya la. Sebab suka tak semestinya sayang dan sayang tak semestinya cinta. Hihihihihihi....betul tak? 

Jadi pada cik mun jika kite ada secret admirer tak salah,cuma kene jaga batas-batasnya. kadang-kadang tu perlu ada secret admirer supaya dia boleh menjadi sebagai sumber dorongan kepada kite untuk berjaya dan sebagai sokongan untuk kite menjadi baik seperti dia. Insha Allah...

Sekian saje untuk entry kali ini....

#segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datangnya dari diri sy sendiri#

p/s : cik mun nk tuju lagu boleh tak? hahahahaha!!!! 

~siapa yang baik hati pasti ku terima....lalalalalala~


Thursday 28 March 2013

Bila Hati Di Sakiti?

Assalammualaikum wahai hati yang disakiti....
sedang sakit hati sekarang nie? atau pernah dilukai? Bagaimana rasenye yer bila hati disakiti nie? atau dilukai ini? Mesti ada perasaan marah kan? sedih pun ada kan? 

Tapi macam mane nak buat kalau rase macam tu erk? Ini semua berkaitan dengan emosi dan boleh mempengaruhi mental diri sendiri kan? Tapi kite pernah dengar satu kate-kate mutiara iaitu "di saat hati dilukai,pamerkanlah senyuman supaya pada masa yang sama tiada hati-hati yg lain pula akan terluka atau disakiti dengan ape yg kite pamerkan melalui wajah kite".

Itu kate-kate mutiara kata wahai kawan-kawan....tetapi realitinya boleh ker kite buat macam tu? kalau ada dikalangan kite yang boleh berbuat demikian....waaahhhh! sangat bagus dan saya tabik spring lah kat korang semua sbb boleh berbuat demikian....hehehehehe....sy sendiri pun masih sedang mencuba dan terus mencuba untuk belajar melindungi serta mempelajari setiap yang disakiti itu untuk tidak terpamer melalui wajah. 

Kadang kala bila kite gagal melindungi ape yang kite rasai melalui wajah....pasti salah anggapan akan wujud dikalangan orang terdekat kite. Saya selalu fikir begini, setiap di antara kite adalah berbeza-beza dan mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Setiap yang berlaku pada seseorang itu, tak semestinya Dia akan ceritakan pada kite tetapi hanya terpamer melalui wajah sahaja kite boleh faham dan mengerti ape yang sedang berlaku kepadanya. Mimik muka setiap antara kite pun boleh menggambarkan perasaan yang tersimpan dalam diri kite. Dalam sesuatu saat dan ketika kite pasti gelak ketawa dan riang ria....tetapi ada sesuatu saat yang lain pulak datang pula perasaan marah,terkilan,sedih,pilu,kecewa terhadap sesuatu yang kite rasa perkara itu tak patut berlaku pada diri kite....Tidak setiap masa kite akan bergembira dan tidak pada setiap masa kite akan bersedih. Setiap gelak ketawa pasti ada kesedihan yg akan datang tanpa di duga begitu juga sebaliknya iaitu di saat kita kesedihan dan kecewa pasti datang pulak kegembiraan yang tidak disangka-sangka. Allah itu Maha Adil dalam segala hal dan saat untuk kite semua.

 Disaat ini hati kite disakiti, pasti ada sebab kenapa kejadian itu boleh berlaku.Jadi muhasabah diri dengan sebaik-baiknya. Tapi kalau kite terlalu sedih pulak macam mane? Mesti nak nangis kan? It's ok kalau nk menangis dan mengalirkan air mata sekurang-kurangnya kite telah boleh meluahkannya sepenuh hati kite. Kalau kite simpan lagi dalam hati pasti 'parah'. Hehehehehe....nak tahu kenapa perkataan 'parah' ini saya gunakan??? Sebabnye adalah 'Hati' mempunyai perasaan iaitu hanya dirasai oleh benda hidup. Benda hidup? jadi kalau pokok atau mesin fotostat tu kereta ker? ada perasaan ker? Yes! betul memang ada perasaan sangat-sangat. Jadi ada masanya perasaan yang tersimpan jika ia gembira telah menghidupkan sel-sel yang sihat didalam badan,jika hati disakiti? Sel-sel sistem tubuh pasti terganggu jadi mulalah sakit? betul tak? apa-apa datangnya dari hati. Begitu juga macam mesin buatan manusia pasti juga ada perasaan. Contohnya kalau  mesin fotostat rosak mesti kite marah-marahkan Dia...kesian mesin tu,dia pun ada perasaan,jadi kite kena faham dan jangan terlalu memaksa nak guna mesin fotostat kalau tak boleh dah.Mungkin sebab dah banyak sangat guna, jadi tersangkutlah,roller dalam mesin tu panas.Kertas pun melekat. Betul tak? sape keje opis tahu je la.Hahahaha! begitu juga hati kite,kalau dah 'panas' pasti kite pun 'stuck' jugak kan? Hahahaha! 

Jadi bila hati dah disakiti nie nak buat ape erk? Kite beristrighfar banyak-banyak dan ingat Allah....mohon pada Allah untuk mempermudahkan segala urusan kite dan mengubati hati kite dalam menghadapi setiap yang berlaku. 

Baiklah cik mun nk berehat...hari nie kat opis...ada event...best tgk kwn-kwn naik pentas...Insya Allah rezeki cik mun akan datang...ameen...

Sekian saje utk entry kali nie...yg baik itu dtgnye dari Allah dan segala kekurangan itu dtgnye dari diri sy sndiri. 

W'salam. 

Wednesday 27 March 2013

Hadirnya 1001 Tafsiran Apabila Fikir Positif ?

Assalammualaikum kawan-kawan! 

Esok jabatan cik mun ada Majlis APC!!! Wahhh!!! Tahniah kwn-kwn JPBD ku sekalian....Esok comey-comey la korang semua! Hihihihihi....

Ok-ok topik kiter malam nie pasal "Hadirnye 1001 tafsiran apabila kita fikir positif". Kata-kata ini saya creditkan pada pensyarah saya di UPM yang telah mengajar sy tentang erti sebenar perkataan ini. Alhamdulillah disaat saya mendengar kate-kate dari beliau, saya cuba mendidik minda, hati dan diri ini untuk fikir positif dan hasil dari fikir positif ini,alhamdulillah saya mendidik diri dan hati saya setiap hari & setiap saat untuk bersangka baik dengan orang lain. 

Walaupun kadang-kala tu,saya juga tidak 'lari' dari melihat sesuatu yang rase 'kurang menyenangkan' dan berfikir untuk bersangka tidak baik.Pasti muncul anggapan itu dan ini. Ya Allah....! Tapi di saat saya berfikir sedemikian, pasti saya teringat kate-kate pensyarah yang mengatakan "bila kite lihat sesuatu yang kurang elok atau tak sedap mata memandang, janganlah terus beranggapan buruk tetapi fikirkan 1001 kebaikan dan sebab-sebab yang baik-baik...Insya Allah...kite didik jiwa kite bersangka baik dengan org lain". Di saat itu,saya tersentap dengan kate-kate beliau! Wowww!!! Sangat hebat dan penuh bermakna! 

Insya Allah dan alhamdulillah, pada setiap saat saya cuba dan terus mencuba mendidik jiwa ini untuk terus bersangka baik dengan orang lain di sekeliling sy. Walaupun kadang kala tu, mengikut pada situasinya ia sukar juga hendak bersangka baik tetapi pasti banyak hikmah dan manfaat yang saya perolehi apabila bersangka baik. 

Pensyarah sy suka memberikan perumpamaan, dia ckp "kalau kite nampak orang tu drive kereta laju,ape kite fikir? Mestilah kite ckp :
1) "org nie bawak laju-laju! suke hati dia je!"
2) "ingat jalan dia sorang je!"
3) "nak gi m****s ker!"
4) bla....bla....bla...bla...

Nak tahu ape pensyarah saye ckp? Dia cakap, "cuba fikir mcm nie :
1) "org tu sakit perut kot...tu dia bwk kereta laju...tak tahan sgt dh tu"
2) "bini dia nak bersalin kot"
3) "ada org meninggal ker...tak pun ada sesuatu terjadi ker...sbb tu dia drive laju sgt tu"

Sebaik shj kite fikir gitu,pasti kite fikir postif dan yg lebih penting...hati kite tidak sakit...muka tak tua...tetap maintain awet muda! Kahkahkahkah! (gelak satu kelas masa tu!) Tapi ada kebenarannye jugak kan kawan-kawan? 

Jom selepas ni, kite semua sama-sama mendidik jiwa untuk bersangka baik dengan semua org yer dalam ape jua keadaan yer...apabila mendidik jiwa sbnrnye kite mendidik hati dan minda kite utk berfikir secara positif...
Insya Allah...

W'salam...

~Yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t dan segala kekurangan tu dtg nye dari diri sy sendiri~




Monday 25 March 2013

Hadirnya Sebuah Khabar + Pendapat + Keputusan

Assalammualaikum wahai hati yang terima khabar,

Hadirnya sebuah khabar pastinya akan datangnya sebuah pendapat kemudian lahirlah suatu lingkungan keputusan yang dirasakan perlu dibuat oleh seseorang. 

Kebiasaannya dan telah menjadi amalan kite apabila kite terima sesuatu khabar yang mungkin diri kite berasa agak confius dan sukar untuk berbuat keputusan jd kebiasaannye ape yang akan kite buat? Mestilah kite tanye pendapat sahabat-sahabat atau pun orang yang kite percaya dan rapat dengan diri kite sendiri. Tapi adakalanya setiap pendapat yang diberikan adakalanya boleh membantu memberi perubahan yang ke arah baik kepada ape yang kite cari tetapi ada pula yang tidak kurangnya membawa kite kepada kesulitan dalam berbuat keputusan. Betul tak? Jom kite semak diri kite masing-masing. Dah dapat jawapannye? Hihihihi....jadi simpan dalam hati...jangan citer kat orang. Hihihihihi....

Tetapi kalaulah kite selalu dijadikan sebagai tempat rujukan kan? macam mane pula? pernah tak....jadi sebegitu? dan pernah terfikir tak sebab ape, orang tanye pendapat kite? pada pandangan cik mun, orang akan minta pendapat kite atau bantuan kite apabila dia mengalami kesulitan atau pun kesukaran dalam sesuatu hal yang semestinya dia sendiri sukar hendak selesaikan. Jika dia tahu,tak kan lah dia nk tanye kite kan? Betul tak? Hihihihihihi....tetapi pernah tak kadang kala kite sukar hendak memenuhi keperluan semua orang betul tak? kite buat setakat yang termampu dan sehabis baik yang boleh. Betul tak? Jadi macam mane dalam kite membantu dan memberikan pendapat atas keperluan keputusan seseorang itu kite hendak menjaga hati semua orang? Sukarkan? Betul tak? 

Cik Mun nak share masa form 3, ayah cik mun ada hantar cik mun gi ke Motivasi Alihan Pelajar (MAP) sehingga sekarang masih ada motivasi tersebut yang dikelolakan oleh Dr.Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Tujuan hantar ke MAP adalah untuk PMR....masa tu cik mun PMR Tahun 2003....yang cik mun nak citer dalam MAP tersebut itulah sehingga sekarang cik mun ubah sikap cik mun ketika itu sebagai seorang pelajar dan cuba praktikkan beberapa perkara dalam kehidupan. Antaranya Hidup Sebagai Ibadah dan Sikap Acuh Tak Acuh....kite slalu dengar frasa kata "Hidup sebagai ibadah" kan? tetapi tak semua antara kite tahu dan faham ape tu? Cik Mun dulu pun macam tu juga masa tu kan form 3 lagi....hihihihi...tak matured lagi...hahahaha! Lama-lama cik mun faham ape itu "hidup sebagai ibadah"....iaitu menjadikan setiap sesuatu ape yang kite buat adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Cik Mun tak pasti apakah keajaiban yang pernah di alami oleh kalian yang lain-lain tetapi yang cik mun pasti dikalangan kalian semua ada dan pernah mengalami keajaiban dari-Nya. Betul tak? cik mun yakin pasti ada dalam diri setiap kite semua. Apabila diniatkan didalam hati "ape yang aku buat ini kerana Allah,redhai dan berkatilah aku wahai Allah...", itu yang cik mun minta setiap kali melakukan sesuatu. Kadang kala pernah ada ketikanya diri ini di uji dengan cabaran dan dugaan yang datang tanpa diduga...ketika itu cik mun masih lagi mohon pendapat dan mohon bantuan pendapat dari Maha Pencipta untuk memberikan sesuatu petunjuk kepada diri ini. Maka pada saat itulah hadirlah sebuah keputusan atas redha Allah. Tetapi kite sebagai manusia pasti tersasar dari buat keputusan, betul tak? Ape yang difikirkan baik dan bagus itu di mata kite tetapi di sebalik kite mengambil keputusan itu, wujudnya ujian yang tidak diduga. Ya Allah! itulah pastinya lafaz yang pertama kali terbit dalam hati kite semua? betul tak? Tetapi di saat sedemikian adakah kite akan menyalahkan takdir? Pastinya kite merujuk pada diri sendiri yang terlalu tidak sabar dalam berbuat keputusan dan tergopoh gapah. adatlah manusia pastinya ada sikap sebegitu walaupun tak banyak pasti ada seciput saje kan? hihihihi...

Tetapi cik mun yakin setiap yang berlaku itu pasti datangnya sebuah khabar yang tidak diduga dan setiap keputusan yang kite ambil itu pastinya datang keputusan yang bakal di ambil tanpa kite sedari telah mendidik jiwa dan hati kite serta minda kite untuk terus berfikir dalam berbuat sesuatu itu "kerana Allah". Saya selalu kate pada diri saye yang Allah itu Sangat Hebat! Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu itu walaupun tersembunyi didalam hati kite. Pernah pada bulan syaaban yang lalu di tahun 2012, saya mengalami sesuatu yang sangat-sangat tidak diduga iaitu kemalangan di Masjid Jamek. Ya Allah, disaat saya dilanggar pastinya jantung saye tersentap laju, pertama kali dalam hidup saya merasa sedemikian. Hanya Yang Maha Kuasa sahaja ketahui saat sedemikian,subbahanallah....Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, disaat diri sendiri dikejutkan dengan kemalangan ketika itu, datangnya sebuat pendapat disekeliling manusia ketika itu hendak membantu diri ini dan hadirlah sebuah keputusan di saat pukul 7 ketika itu, diri ini di masukkan ke dalam ambulans. Wahai hati di luar sana, yang ingin saya kongsikan disini termasuk kisah ini adalah di saat kite memerlukan bantuan orang tanpa diduga datangnya sebuah dan segerombolan manusia yang sangat ikhlas membantu kite. 

Pengajaran dari entry ini bukanlah saya tujukan kepada sesiapa tetapi ini adalah untuk tujuan berkongsi sisipan hati dari hati saye kepada anda semua yang membaca di luar sana. Kadang kala di saat kite memerlukan bantuan orang, kite pasti sangat-sangat inginkannye tetapi kite manusia nie kadang-kadang lalai dan leka. Jadi jom bersama-sama kite semua ubati hati dan sanubari kite untuk berbuat sesuatu itu adalah "kerana Allah" semata-mata pasti dan Insha Allah, setiap sesuatu yang dibuat "kerana Allah" datangnya keajaiban iaitu hadirnya kesungguhan, kerajinan dan kite lebih tekun melakukan sesuatu yang dimulai pada awl dan diakhirkan dengan kebaikan. Tetapi kite manusia yang mempunyai perasaan iaitu marah, kecewa dan sedih mahu pun benci, adatlah jika kite sedemikian tetapi jangan diteruskan hati kite dirawat sebegitu caranya tetapi rawatlah hati dengan zikrirullah dan beristri'gfar banyak-banyak. Cik Mun sangat yakin, yang hati setiap insan adalah sebaik-baik dirinya tetapi atas pengaruh 'Pak Tan and the geng', kite boleh terpengaruh dan leka. 

Jadi apabila kite dihadirkn sebuah khabar, kuatkan semangat di saat kite sendiri mengalaminya, kerana redha Allah dan keberkatan Allah pasti ada untuk diri kite semua. Apabila kite kenal Allah pasti kite kenal diri kite sendiri. Allah pasti membantu kite untuk berubah dan menjadi lebih baik di masa-masa hadapan kelak. Insha Allah....

Akhir kata....terima kasih kepada yang sudi membaca entry ini....segala kekurangan dari entry ini adalah datangnya dari kekurangan diri saye sendiri dan yang terbaik itu datangnya dari kurniaan Allah Yang Maha Esa....Allah Hu' Akhbar! 

Friday 22 March 2013

Tahniah Calon SPM 2012!!!

Asslammualaikum semua adik-adik Calon SPM 2012!!! 

Bagaimana dengan result SPM 2012 ? Ok tak? Ape-ape pun TAHNIAH!!!! Sebab dah habis tamat zaman persekolahan dan dapat result exam SPM! Yeah! Yeah! Yeah! Ape pun result yg adik-adik dapat, syukur alhamdulillah walaupun ada dikalangan adik-adik diluar sana yang tak dapat straight 'A' kesemuanya tapi syukur alhamdulillah. Nak tahu kenape? Sebab itulah hasil usaha dan kemampuan serta tahap yang ada pada diri kite. Setiap orang kemampuan diri dan tahap kefahaman serta kebolehan dalam akademik adalah tidak sama dengan orang lain. Jadi jangan risau dan bimbang yer jika tengok result adik-adik itu yer. Kuatkan semangat dan keazaman untuk buat lagi yang terbaik pada masa-masa akan datang lagi yer iaitu dalam Sijil, Diploma atau Ijazah. 

Pengalaman akak dulu pun dapat result exam SPM tidaklah begitu cemerlang sangat-sangat. Sebab akak tahu kemampuan diri akak di tahap mana. Alhamdulillah akak dapat 4A sahaja dan beberapa kredit dan lulus. Disini akak nak cerita untuk berikan adik-adik semangat dan keazaman untuk terus berjaya di masa hadapan. Pengalaman akak di alam persekolahan adalah akak merupakan pelajar biasa-biasa dan boleh dikatakan bukanlah pelajar yang sangat bijak pandai seperti orang lain,cuma kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri akak adalah akak nie kuat semangat,tekun,rajin berusaha dan suka mencuba + mencuba + mencuba sampailah dapat dan faham ape yang dipelajari tu. Akak dulu masa zaman sekolah, akak seorang yang sangat pendiam dan 'berat mulut' lah sebab nak tanye cikgu sesuatu yang tak faham tu takut kalau orang lain fikir atau kawan-kawan fikir akak nie bodoh atau lembap. Itu adalah kelemahan akak dulu masa zaman sekolah dulu. Jadi selepas itu akak jadi berani skit masa naik Tingkatan 6 untuk bijak bertanya kepada cikgu-cikgu bile tak faham. Yang akak cuba sampaikan disini adalah setiap di antara kite mempunyai tahap kefahaman dan cara penerimaan sesuatu maklumat yang dipelajari itu adalah berbeza-beza.Ada sesetengah orang bile belajar je dan cikgu mengajar je,dia terus faham dan ada pula yang kelompok lain pelajar ini, bile cikgu mengajar dia amek masa nak faham dan jika nak faham dan cuba faham atas ape yang cikgu ajar kene tanyekan soalan pula. 

Jadi buat adik-adik diluar sana jangan terlalu bersedih sebab setiap keputusan exam yang kite dapat itu ada hikmah-Nya. Allah itu Maha Berkuasa dan Hebat dan merencanakan sesuatu. Yang akak nak cakap kat sini, jangan patah semangat dan putus asa untuk terus dan terus menuju kejayaan dalam bidang akademik. 

Ingat kate-kate akak nie wahai semua adik-adik calon SPM 2012 yang lalu, orang cemerlang tidak semestinya dilahirkan dengan otak yang 100% cemerlang tapi orang cemerlang adalah orang yang tekun berusaha dan terus berusaha untuk jadi seorang yang cemerlang. Orang cemerlang terdiri daripada 'orang biasa' yang mempunyai kekuatan dan kelebihan diri sendiri. Fokus kepada kekuatan dan kelebihan pada diri sendiri. Jadikan kelemahan dalam diri itu sebagai agen perubahan untuk terus bijak mengatur strategi dalam menuju kejayaan. Yakinlah, apabila kite fokus kepada kekuatan dalam diri kite, pasti kite beroleh kejayaan. Jadi....pastikan adik-adik semua kenali kelebihan diri sendiri dan kekuatan diri yang membolehkan diri adik-adik maju ke hadapan seperti orang lain. Jadikan orang lain yang BERJAYA itu sebagai PEMBAKAR SEMANGAT untuk diri kite menjadi LEBIH BAIK dari DIA. Yang penting jangan membandingkan kemampuan diri sendiri dengan kemampuan yang ada pada orang lain tetapi TUMPUKAN DAN ASAH KELEBIHAN & 
KEKUATAN DALAM DIRI. 

Ok akhir kate,ANDA HEBAT JIKA ANDA TAHU KEKUATAN DALAM DIRI! Jadi kenali KEKUATAN DIRI! dan YAKIN untuk TERUS MAJU! 

"Saya Boleh! Orang Lain Boleh! Adik-adik pun Mesti Boleh! Boleh ape???? Boleh BERJAYA la! Hakhakhakhakhakhak!!! Ok! Salam sayang dari akak kepada anda semua! 

Tahniah! & Sujud Bersyukur! Ameen! 

Ok ape lagi! Jom kite dengar lagu "Fikirkan Boleh!"  

W'salam... ^_____^ 


Saturday 16 March 2013

Dia Bukan Milik Ku~



Assalammualaikum wahai sahabat semua....

Dah dengar alunan lagu Ombak Rindu? Mesti dah dengarkan? dan pernah dengarkan? Betul tak? Sedih dan tersentuh tak bila dengar lagu tu? Jika anda semua tersentuh dengar nyanyian Hafiz dan Adira,alhamdulillah dan syukur,anda semua mempunyai perasaan sedih.Jom kite semak diri kite masing-masing,pernah tak kite ingin memiliki seseorang itu tetapi kite tak dapat nak memilikinya.Mungkin dia telah menjadi milik orang lain atau dalam hubungan kite dengan dia mempunyai ada tentangan yang hebat sama ada dari keluarga atau terdapat halangan yang sukar untuk merapatkan hubungan kite dengan dia.Pernah tak? Jika pernah mengalami salah satu yang saya sebutkan diatas,jom kite semak dan fikir kenapa terjadi perkara sedemikian? Adakah diri kite ini pernah buat silap?atau kite nie tak setanding dengan dia? atau keluarga dia tidak suka pada kite? atau sebab jawatan,darjat atau sebab dia orang senang dan kite orang biasa-biasa? atau kenapa yer??? Cuba fikir dan fikir.Dah ada jawapannya tak? Hehehehe....

Baiklah disini,penulis ingin berkongsi tentang tajuk kite malam ini iaitu "Dia Bukan Milik Ku".Semua insan dikurniakan perasaan dan naluri kasih sayang antara satu sama lain dan ingin dibelai dan dikasihi.Itu adalah normal dan lumrah dan itu juga adalah kurniaan dari Yang Maha Esa.Tetapi masih ada caranya untuk kite menyalurkan kasih sayang kite itu iaitu melalui perkahwinan. 

Jika dikala kite inginkan seseorang itu tetapi kite tidak beroleh ape yang kite inginkan,memang sangat-sangat sedih dan pilu hati ini kan? Tetapi penulis selalu fikir,setiap yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik dan amat-amatlah terbaik untuk setiap di antara kite.Jika hati dan mata kite menyukai seseorang,tidak bermaksud dia adalah jodoh kite dan dia akan menjadi milik kite.Sebab hati dan mata kite suka melihat kepada sesuatu yang 'sedap mata memandang',tetapi belum tentu yang cantik,yang kacak,yang indah itu adalah mesti menjadi kepunyaan kite selagi mendapat keredhaan dan keizinan dari Yang Maha Esa.Jika dikala hati kite rasa sedih kerana putusnya cinta dengan insan lain,janganlah terlalu sedih kerana Cinta Allah iaitu Maha Pencipta masih ada dalam hati kite semua. 

Penulis bukanlah seorang yang sangat-sangat hebat dalam soal hati dan cinta ini.Yang penulis ingin kongsikan dengan sidang pembaca sekalian adalah dalam liku-liku kite mencari seseorang dalam menjadi teman hidup kite, adakalanya kite berjumpe dengan orang yang betul-betul sayangkan kite kerana sayang semata-mata, tetapi dalam pada masa yang sama yang 'di atas' iaitu Yang Maha Kuasa telah menetapkan sesuatu yang TERBAIK untuk kite semua.Di saat kite berkenalan dengan seseorang itu,mesti semuanya INDAH BELAKA, tetapi jika dalam pertemuan dan perkenalan kite itu, jika kite berfikir dengan akal fikiran pasti kite boleh ketahui sama ada Si Jejaka atau Si Gadis itu sesuai atau tidak dengan kite. Frasa kata 'sesuai' ini bukanlah merujuk kepada material tetapi lebih merujuk kepada KESESUAIAN SELAMA-LAMANYA iaitu, adakah SI DIA sesuai dengan keluarga kite,adik beradik kite dan orang sekeliling. Sebab ada juga yang ingin menjalinkan hubungan dengan diri kite kerana dia sayang dan sukakan kite semata-mata tetapi jika di fikir dengan bijaksana dan dengan teliti pasti kite akan dapati dia tidak boleh 'link' dengan individu yang sentiasa ada bersama-sama kite setiap masa,misalnya keluarga kite. Sebab itulah jika dia tidak dapat menjadi milik kite, janganlah terlalu sedih atau terlalu gusar, kerana Allah telah menyelamatkan diri kite dengan seorang insan yang mungkin bukan dia jodoh kite dan lafaz Alhamdulillah yang penulis dapat lafazkan kerana yang pasti Allah merencanakan yang terbaik untuk diri kite semua. 

Yakinlah jodoh itu hak Allah dan mati itu juga hak Allah tetapi Allah memberikan kite ruang dan peluang untuk bijak memilih dalam mencari pasangan hidup yang boleh di ibaratkan jika dalam semangkuk kacang dicampur bermacam-macam kacang tetapi kacang manakah yang sedap bila dimakan walaupun jika dilihat pada mata kasar semangkuk kacang itu memang menyelerakan tetapi yang manakah paling terbaik sekali. Begitu jugalah dalam kite mencari pasangan hidup ini iaitu Allah memberi kite peluang dan ruang untuk terus mencari tanpa rasa jemu dan yang pasti jangan putus untuk terus berdoa dan berdoa ke hadrat Allah agar dipertemukan dengan seseorang yang TERBAIK dalam menjadi pasangan kite. Terbaik yang dimaksudkan di sini bukanlah dari segi material semata-mata tetapi bagi saya, saya seorang wanita dan saya inginkan suami yang beriman,bertaqwa dan boleh membimbing saya dan insya Allah bakal zuriat saya di kemudian hari. Mesti ada yang tanye, soal wajah perlu tak jadi ukuran dalam mencari pasangan? bagi pendapat saya, wajah juga memainkan peranan penting tetapi biarlah sedap mata memandang atas redha Allah semata-mata bukan kerana keinginan hawa nafsu.Pastikan niat di hati adalah betul kerana Allah semata-mata.Tidak semestinya yang cantik dengan yang cantik dan yang comel dengan yang comel. Yang penting, penulis suka pasangan yang saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain barulah wujud kesempurnaan sesebuah hubungan. 

Tetapi kalau mendapat tentangan keluarga bagaimana pula? Mesti ada sebabkan ibu bapa kite melarang hubungan kite dengan seseorang itu? Pada pendapat penulis, ibu bapa mesti ingin yang terbaik untuk diri kite dan yang penting perasaan mana-mana ibu bapa jika hendak serahkan anaknya lebih-lebih lagi perempuan kepada seorang lelaki untuk dijadikan suaminya mestilah bermacam-macam kriteria yang ditetapkan.Nak tahu kenapa? Sebab redha Allah terletak pada restu ibu bapa kite, jadi jika mendapat keizinan dari mereka, alhamdulillah.Jika tidak,pastinya ada sebab yang munasabah. Jadi janganlah terlalu sedih kerana kasih sayang ibu bapa kite itu melebihi segala-galanya dan mereka mempunyai pengalaman malahan pandangan mereka sendiri dalam memastikan sama ada Si Dia itu adalah yang terbaik atau tidak untuk anaknya. 

Wahai sidang pembaca sekalian, jadikanlah ibu bapa kite sebagai kawan dan sahabat.Jika hati kite berminat kepada seseorang dan sukakan seseorang,bagi tahulah mereka.Pasti mereka terus buat Solat Hajat dan Solat Istikharah,insya Allah setiap petunjuk yang Allah berikan melalui ibu bapa kite, insya Allah betul. Tetapi kite sendiri pun mesti buat Solat Hajat dan Solat Istikharah, agar Allah mempertemukan kite dengan seorang insan yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk diri kite sendiri.

Allah itu Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui ape yang tersurat dan tersirat di hati kite. Sentiasalah mengingati Allah dalam ape jua keadaan, tidak semestinya ketika susah dan sakit sahaja tetapi pada setiap saat. Jika kite ingat Allah sentiasa, pastinya Allah ingat kite. Jangan sesekali sombong dan bongkak dengan Allah. Sombong dan bongkak di maksudkan di sini adalah kite tidak mahu berdoa, dan tidak mahu melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, wahai hati semua insan yang sedang membaca entry ini, disaat kite dalam kandungan ibu kite lagi Allah telah menyanyangi kite. Sesungguhnya Dia Maha Penyanyang.Jadi janganlah terlalu memandang ke atas dan ego atas setiap yang kite ada. Peringatan ini bukanlah untuk sesiapa tetapi penulis sentiasa mengingati diri penulis untuk menjadi seorang pemudah cara dan sentiasa mengingati Allah setiap saat,agar dengan redha Allah penulis dapat bernafas dan berdiri di atas muka bumi Allah ini. Sesungguhnya Allah itu sangat hebat, tidak dapat penulis gambarkan dengan perkataan. Yang penulis boleh katekan, berdoa dan yakinlah setiap ape yang berlaku,kerana Allah Maha Adil dalam setiap perkara. Yakin dan yakin wahai setiap hati yang lara,insya Allah pasti ada seseorang untuk diri anda. 

Ameen...

~Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri-

W'salam....

Saturday 9 March 2013

Opppsss!!! Jatuh Cinta Pulak Kite Kat Awak!


Hihihihihihi.....dah dengar lagu nie? Bestkan? Kelakar tak? Kihkihkihkih....starting lagu nie agak gedik kan? Hihihihi....sape kat sini tak pernah jatuh cinta? Tipulah kalau tak pernah...Hahahaha...kalau tanye saye...saye pun pernah jatuh cinta...tapi saye masih lagi mencari cinta sebenar-benar cinta yang berlandaskan redha Allah s.w.t....kalian semua macam tu jugak kan? betul tak? jadi ape yang saye belajar, cintailah Yang Maha Esa terlebih dahulu sebelum kite mencintai yang lain. Nak tahu kenapa tak? Sebab dengan kecintaan pada Yang Maha Esa lah, kite pasti temui cinta sejati kite. Insya Allah cinta hati saya pasti datang juga suatu hari nanti.Masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya dalam pertemuan jodoh. Cuma kite mesti berusaha untuk terus mencari, berdoa, dan di mohon berikan petunjuk oleh-Nya dalam kite bertemu jodoh yang terbaik dan yang penting dia menjadi imam kepada kite sebagai bakal isterinya seterusnya insya Allah imam kepada bakal-bakal zuriatnya di kemudian hari nanti. 

Pernah orang cakap, untuk mencari jodoh nie biarlah melihat kepada 'kesesuaian'. Tapi maksud kepada frasa kata 'kesesuaian' tu? Hehehehe...maksudnya kalau cantik kene dengan yang hensem, kalau slim kene dengan slim ker mcm tu ker? hihihihi...ini pendapat saya lah, pada saya, kesesuaian itu terpulang pada diri kite masing, ada orang beranggapan wajah adalah penting dalam menunjukkan kesesuaian, tapi pada diri mun sendiri kesesuaian tu datangnya pada keserasian atau dalam bahasa yang lebih mudah kite boleh 'ngam' dengan orang tersebut dan dia juga boleh 'ngam' dengan keluarga kite. Betul tak? pasal faktor tahap pendidikan, rupa paras, keimanan, kewangan, kemampuan dan banyak lagi lah kriteria yang selalu dijadikan panduan untuk mencari pasangan hidup pasti setiap antara kite ada kan jadikan ia sebagai panduan. betul tak? Yes! Memang betul tu. Sebabnya ia merupakan kaitan dengan hubungan jangka panjang yang bakal di alami oleh setiap antara kita. 

Saya suka dengar kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah, dia pernah kata pasangan hidup yang dipertemukan oleh Allah pada kita adalah sebagai pelengkap kepada setiap kekurangan yang ada dalam diri kita, kerana itulah Allah pertemukan dengan pasangan kita sebab untuk tujuan saling lengkap melengkapi. Barulah wujud kesempurnaan dalam kehidupan. 

Tetapi macam mane pula dengan hubungan yang terputus di tengah jalan dan tidak sempat hingga ke alam perkahwinan? Mesti sedih kan? Wahai sahabat, memang sedih bila satu-satu hubungan tu terputus di tengah jalan. Mungkin di antara kite pasti ada sebab-sebabnya tersendiri kan kenapa jadi sedemikian kan? betul tak? Pada pendapat saya, Allah sedang mempertemukan kite dengan seseorang yang lebih baik dan bakal menjadi imam kite di suatu hari nie. Jika di tanyakan pasal soal jodoh nie, macam kite tengah main jigsaw puzzle tu, adakalanya kite cantum-cantum betul, adakalanya tak betul dan berlaku kesilapan. Tapi apa-apa pun janganlah berputus asa dengan setiap yang berlaku. Ape yang boleh saya katekan adalah perencanaan Allah itu amatlah HEBAT, adakalanya di depan mata kite itulah jodoh kite. Allah s.w.t mempertemukan kite dengan insan yang pastinya dekat dengan kite yang kite tidak tahu adakah dia jodoh kite. Berusaha, berusaha, berusaha, berusaha dan terus berdoa berdoa berdoa, terus solat hajat dan solat untuk memohon petunjuk kepada-Nya. 

Saya akhiri nukilan untuk entry nie dengan sebuah klip video dibawah ini. Hayati dan fahamilah setiap lirik lagu yang disampaikan. 

W'salam. 
"Setiap yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang setiap kekurangan itu datangnya dari saya sendiri" 

Jom dengar lagu "Sebuah Pertemuan" yang dinyanyikan oleh UNIC. 


Seronok Melihat Orang Lain Gembira

Assalammualaikum semua....hari nie saya demam tetapi saya masih lagi ingin mencoretkan sesuatu. Degil erk? Hehehehehe...takde la degil tetapi tak nak lah manjekan diri nie duduk rehat je. Hihihihihi...baik rajin-rajin mencoretkan sesuatu untuk dikongsikan dengan sahabat di luar sana...hehehehe...

Ok, topik kite hari nie pasal "seronok melihat orang lain gembira". Pernah tak kite buat surprise kat kawan-kawan atau ahli keluarga kite? Hehehehehe....macam saya, saya sangat suka buat surprise kepada semua orang disekeliling saya. Sebabnya saya suka melihat senyuman dan kegembiraan mereka. Pada saya, saya seronok melihat mereka tersenyum dan pada masa yang sama, saya juga jadi excited dan 'gelabah sekejap'.Hahahahaha....terutama surprise untuk birthday...hihihihi...

Mesti ada yang cakap, "ape yang kite dapat bile mengembirakan orang lain?" hehehehehe...kalau dari segi materialnya memanglah tak nampak tetapi janganlah kite melihat sesuatu manfaat itu dari sudut material semata-mata. Hehehehehehe....Bila orang lain gembira, pada masa yang sama diri kite juga menjadi gembira dan sangat gembira. Hehehehehe...dari situlah timbulnya dan wujudanya kasih sayang antara kite dengan orang disekeliling kite.Saya pernah ingat kate seseorang, dia cakap, "jika kite inginkan bunga,kite mesti berikan bunga yang wangi kepada orang dulu"...begitu jugalah dalam kegembiraan, jika kite hendak kegembiraan dalam hidup berikanlah kegembiraan kepada orang lain dulu. Hehehehehe...kegembiraan tu bukan sekadar berikan hadiah semata-mata tetapi kegembiraan yang kite tak nampak yang adakalanya menyentuh perasaan kite untuk menjadi seorang yang penyanyang terhadap semua orang disekeliling kite. Inilah yang telah saya cuba dan sedang amalkan. Kite semua nie tak lari dari buat silap dan salah dalam kehidupan, saya sendiri pun pernah lakukan silap, tetapi saya belajar dari kesilapan saya yang lalu untuk memperbaiki diri sendiri ke arah lebih baik. 

Dari kesilapan dan kesalahan yang pernah kite buat itulah mematangkan diri kite dalam membuat keputusan dalam segala hal. 

Pengalaman saya sebagai seorang anak pernah memberikan hadiah untuk mama dan papa saya, walaupun saya tidak mengharapkan ape-ape tetapi saya bersyukur kerana merekalah saya dilahirkan ke muka bumi ini. Terima kasih papa dan mama. Masih segar dalam ingatan saya, bila papa saya peluk saya kerana dapat hadiah dari saya untuk birthday dia. Hadiah yang tidak begitu mewah tetapi mampu memberikan kegembiraan kepada papa dan mama saya membuatkan saya tersentuh sangat-sangat, ketika itu saya mula berikan hadiah kepada mereka dengan menggunakan gaji pertama saya sebagai seorang sales girl di sebuah kedai jubah muslimah.Hehehehehehe....gaji saya ketika tu basic RM700 sahaja, tetapi saya kumpul-kumpul dengan duit itu jugalah sebagai langkah permulaan untuk saya memulakan pengajian saya sebagai seorang pelajar pjj sehinggalah saya bekerja di tempat lain sekarang ini. Yang cuba saya sampaikan disini, gembiranya orang lain boleh datangnya dari diri kite sendiri dan sedihnya orang lain juga boleh juga datang dari kite sendiri. Itu saya akui. Betul tak kawan-kawan? Jadi jom kite buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan diri orang disekeliling kite. 

Sekian, wassalam....

#Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri sebagai manusia biasa yang sentiasa berusaha menuju ke arah kebaikan. Insya Allah...ameen..#

Friday 8 March 2013

Kelebihan dan Tanggungjawab Orang Berilmu

Assalammaualaikum sahabat-sahabat di luar sana. Ape khabar hari nie? Banyak keje tak kat pejabat? Hehehehe...kalau tanya pada saye mestilah banyak juge. Tapi kalau dah minat nak berkarya,ada kelapangan sekejap nie, saya mesti nak kongsikan sesuatu dengan kalian semua.

Ok, topik kite hari nie pasal kelebihan dan tanggungjawab orang berilmu. Ok, kite tanye pada diri kite sendiri je ,tak payah tengok pada orang lain. Kite tanye diri kite sendiri, kite nie orang berilmu ker tidak? kite termasuk tak dalam kategori tu? Cuba kite musahabah diri kite mesti ada yang kite tahu sesuatu dan membuatkan kite dikategorikan sebagai seorang yang berilmu. Hihiihihihihi...ok-ok,mesti kite semua nie dikategorikan sebagai orang yang berilmu, cuma kite je tak tahu yang kite berpengetahuan dalam bidang tersebut. Contohnye kalau kite berpengetahuan dalam membaiki kerosakan kereta jadi kite nie ada pengetahuan dalam membaiki kereta yang rosak kan? betul tak? Tak semua orang ada kemahiran sedemikian, jadi kite mesti bangga dengan diri sendiri tetapi jangan sampai jadi riak pulak tau. Hehehehehe....kite boleh bangga dengan pencapaian yang ada dalam diri kite kerana dengan pengetahuan yang kite ada itulah kite ada tanggungjawab. Ape tanggungjawab kite??? Tanggungjawab kite adalah kite mesti MEMBANTU ORANG LAIN apabila diperlukan di tempat yang betul dan dalam situasi yang tepat. Kadang-kadang orang lain tidak akan bercakap apabila mereka memerlukan bantuan kite. Jadi kite jadilah seorang yang SEDIA MEMBANTU tanpa disuruh. Sedia membantu maksudnya disini bukanlah kite hendak tunjuk pandai tetapi kite jadi seorang PEMUDAH CARA dalam kesulitan yang dihadapi oleh seseorang itu. 

Dalam rutin kehidupan kite adakalanya kite memerlukan bantuan orang lain dan pada masa yang lain pula kite mesti perlukan bantuan orang lain. Cuma situasi dan keadaannya sahaja kite tidak tahu. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Adakalanya orang akan mempersoalkan apa yang akan kite dapat kalau membantu orang lain? Pada saya, memang saya tak dapat duit atau hadiah tetapi saya suka membantu orang disekeliling saya selagi saya mampu dan saya tahu atas ape yang saya boleh bantu. Nak tahu sebab ape? Sebab saya pernah dengar satu ceramah agama nie, dan hati saya tersentuh apabila ustaz tu kate, 
"Bila kite bantu orang Niat Kerana Allah, pasti Allah bantu kite dalam segala hal yang kite inginkan". Disaat itulah, saya bertekad hendak menjadi seorang PEMUDAH CARA dan MEMBANTU ORANG LAIN. Jika saya bijak dan berilmu, bukan sahaja kerana usaha saya semata-mata tetapi usaha guru-guru dan para pendidik yang berjaya mendidik saya. Alhamdulillah...ameen...

Kemudian, ini pengalaman saya juga yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat yang membaca entry nie. Anda semua percaya pada rezeki tak? Mestilah percaye kan? Tapi tahu tak anda, setiap ape yang kite buat mesti mempunyai rezeki orang lain dalam setiap usaha kite itu? Maksudnya disini, jika saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kewangan, ape yang saya buat dan lakukan itu, mempunyai rezeki orang lain dalam hasil yang saya akan keluarkan dari cara saya bekerja. Begitu jugalah dengan ilmu pengetahuan yang kite ada. Dalam setiap titik dakwat pen dan kreativiti kite dalam menuntut ilmu pengetahuan, sama ada secara akademik atau bukan akademik mesti ada REZEKI ORANG LAIN dalam tu. Jadi kepada adik-adik dan kawan-kawan yang masih lagi meneruskan pengajian di luar sana tu, jangan merasakan ape yang anda belajar itu sebagai sia-sia atau hanya untuk mendapat sijil bagi memperolehi pekerjaan semata-mata. Setiap segulung sijil yang kite dapat itu, kite ada tanggungjawab kepada orang lain. Ada rezeki orang lain dalam setiap ape yang kite dapat. Tidak salah atau tidak akan berkurangannya ilmu kite, jika setiap saat kite berkongsi dan membantu pada orang lain. Pengalaman saya dan kemanisan yang saya perolehi apabila berkongsi ilmu pengetahuan atau membantu orang lain, pasti saya MEMPELAJARI SESUATU yang baru dan yang lebih menariknya MINDA kite lebih proaktif dan bijak dalam berani membuat setiap pelaksanaan yang semakin mendatang. Hehehehe...jadi jangan lokek berkongsi ilmu dan memberikan bantuan pada orang disekeliling yang memerlukan bantuan anda. Disini saya suka nak kongsi, dua orang rakan saya nie seorang yang bijaksana dalam bidang IT, saya sangat kagum dengan mereka berdua nie. Hehehehehe...sebab merekalah saya banyak belajar banyak perkara dalam bidang IT. Walaupun saya banyak bertanye pada mereka pasti mereka menjawab setiap persoalan tu dengan sebaik-baiknya. Itulah namanya dalam tugasnya ada tersirat tanggungjawab mereka dalam berkongsi ilmu pengetahuan  kepada rakan-rakan yang memerlukan. 

Jadi jom didik diri untuk jadi seorang yang :

-Pemudahcara 
-Bertanggungjawab 
-Suka membantu 
-Minat mempelajari sesuatu yang baru
-Berkongsi setiap sesuatu yang diketahui apabila diperlukan tanpa m'harapkan ganjaran selain dari Ganjaran Allah semata-mata

Wassalam.... 

Saturday 2 March 2013

Berdoa dan Kehebatannya




“Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Manusia hanya mampu berusaha, segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Memohon sesuatu daripada Allah hendaklah disertai dengan perasaan insaf,  jujur, dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayahNya.” –   Al-Baqarah; 201.

Assalammualaikum wahai sahabat muslimin dan muslimat sekalian,


Pernahkah kalian semua merasai kehebatannya doa yang kalian panjatkan ke hadrat Allah s.w.t pada setiap saat setiap kali solat fardhu? Jika ya, alhamdulillah dan jika belum alhamdulillah juga kerana kite sebagai seorang muslimin jangan mudah berputus asa atas setiap yang kite mohon ke hadrat-Nya. Jika ditanya pada diri kite sendiri, "ape yang aku doakan setiap hari? adakah untuk diri aku sendiri atau pun untuk orang lain sekali?" 

Ini pendapat dan pandangan saya sebagai seorang penulis blog ini dan hasil pengalaman saya sendiri, kalian semua pasti mempunyai pengalaman dan keajaiban yang pernah kalian sendiri rasakan sebelum,semasa dan selepas berdoa. Betul tak? Jika ditanye adakah saya seorang pelajar yang pintar dan bijaksana? Ini jawapan saya sendiri, saya bukanlah seorang yang terlalu bijak kalau exam mendapat 'A' sahaja, tetapi lama kelamaan saya sedar yang saya perlu berusaha lebih dari orang lain untuk saya berjaya dalam akademik saya. Saya selalu berdoa didalam sujud saya, agar Allah mempermudahkan apa yang saya belajar dan ape yang saya fahamkan didalam kelas. Saya juga bermohon ke hadrat Allah, jika diizinkan oleh-Nya saya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam akademik agar saya dapat membantu kawan-kawan dan orang disekeliling saya dengan pengetahuan dan ilmu yang saya ada. Saya menganggap sesuatu yang saya buat itu adalah proses pembelajaran dalam kehidupan walaupun ia mengambil masa bagi saya untuk memahamkan ape yang saya sedang lakukan atau saya buat tetapi saya terus berusaha. Inilah diri saya, saya mencari setiap kesusahan yang saya alami itu ada 'kemudahan' dan 'kemanisan' didalamnya. 

Ape yang ingin saya kongsikan didalam nukilan saya ini adalah kehebatannya berdoa itu sendiri.Saya selalu mendoakan ke hadrat Allah untuk diri sendiri,ibu bapa,ahli keluarga,sahabat handai,jiran tetangga,guru-guru,seluruh muslimin dan muslimat sekalian. Apa yang selalu saya katakan dalam doa saya adalah saya ingin menjadi pelajar cemerlang. Walaupun saya sedar sukarnya bagi saya untuk mencapainya. Tetapi saya yakin,saya mesti berusaha lebih dari orang lain yang lebih bijak dari saya. Manfaat saya berusaha lebih dan ketekunan itulah saya banyak belajar banyak perkara bukan setakat dalam akademik malahan hubungan sesama insan. Ape yang boleh saya katekan disini, selagi Allah berikan keizinan untuk kite bernafas dan menjejakkan kaki di atas muka bumi Allah ini, kite terus tekun berdoa dalam setiap perkara kebaikan yang kite buat. Bukan sahaja dalam solat semata-mata kite berdoa malahan dalam ape jua kite lakukan agar ia boleh dijadikan sebagai keikhlasan untuk kite terus menerus melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu sebaik-baiknya. Niatkan dalam hati kerana Allah, insya Allah pasti dengan izin-Nya kite belajar ape yang sedang kite lakukan dalam setiap pekerjaan yang kite lakukan. Walaupun sesetengah orang menganggap ape yang dilakukan itu hanyalah semata-mata 'kerja' sahaja, tetapi apabila kite niat kerana Allah, insya Allah pasti kite temui sebuah 'kemanisan' atas setiap yang kite lakukakan. 

Bila kite bersedih, berkomunikasilah dengan Allah, pasti rase dekat Allah dihati kite ini. Bila kite ingat Allah, pasti Allah ingat pada kite.Jangan sesekali kite sombong dengan Allah, Dia Maha Pencipta sekelian alam. Dengan keizinannya juga kite diberikan nafas untuk terus hidup.Berdoa dan berdoa dan berdoa lagi tanpa rasa jemu seterusnya tekun berusaha atas ape yang kite inginkan. Redha Allah dan keberkatan yang diberikan Allah amat 'manis' wahai muslimin muslimat sekalian. 

Bila kite meletakkan Allah dalam hati kite iaitu merupakan seketul daging yang menghidupkan dan memberikan nilai sebuah tubuh badan sama ada seseorang itu menjadi baik atau lebih baik,Insya Allah pasti Allah meniupkan nilai kasih sayang yang teramat-amat sangat dalam diri kite. Sayangnya kite sesama makhluk dimuka bumi ini. 

Hidup sebagai ibadah dan doa yang dipanjatkan setiap saat ke hadrat Allah itu sebagai sebuah pegangan untuk terus mencapai ape yang diinginkan. Hebatnya doa kite datangnye dari keazaman, keikhlasan dan kesungguhan kite dalam mencapainya. Berdoa bukan bererti tidak berusaha, kite mesti berusaha atas ape yang kite inginkan kerana tiada yang datang bergolek didepan kite jika tidak berusaha. 

Wahai sahabat-sahabat, walaupun kite semua insan biasa tetapi pasti kite mempunyai keinginan kan untuk berjaya? Betul tak? Pasti ada diantara diri kite menginginkan sesuatu dicapai. Jadi mulai sekarang kuatkan tekad, keazaman, berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa tanpa rasa jemu ke hadrat Allah. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Kepada sahabat-sahabat saya yang kini dalam Semester 8, saya mendoakan kejayaan kalian setiap hari dan insya Allah kite pasti semua berjaya bersama-sama. Doa ku sebagai sahabat pasti senantiasa mengiringi kejayaan kalian semua. Ameen....ameen...ameen... 



Hikmah Atas Setiap Yang Berlaku

Assalammualaikum wahai muslimin muslimat sekalian,

2 Mac 2013,bermulalah blog ini ditulis sebagai tujuan perkongsian ilmu kepada sesiapa yang berminat ingin membaca hasil nukilan insan biasa yang mempunyai minat dalam bidang penulisan. 

Syukur alhamdulillah,dengan keizinan dari Yang Maha Kuasa, saya masih diberikan nafas untuk terus hidup hingga ke saat ini. Saya insan biasa seperti anda juga, mempunyai pekerjaan dan minat tersendiri. Tapi dalam hati saya mempunyai minat untuk berkongsi atas setiap coretan kehidupan yang pernah saya hadapi. bukanlah niat saya hendak mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya tetapi saya ingin menjelaskan tajuk sebenar apa itu dinamakan "hikmah atas setiap yang berlaku". 

Setiap orang pasti mempunyai jalan penceritaan kehidupannya masing-masingkan? Betul tak? Cuma ia membezakan sama ada kisah hidup kita sedih, gembira, mencabar atau penuh kesakitan atau banyak lagi. Betul tak? Kadang-kadang itu mesti kite terfikir, kenapalah perkara itu dan ini jadi dalam hidup kite kan? Betul tak? Ini pendapat saya, pengalaman saya dalam mencorakkan atas apa yang saya pernah hadapi. Saya selalu fikir setiap kesedihan pasti ada kegembiran yang terselindung. Setiap yang berlaku pasti ada manfaat yang akan kite perolehi. Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana, setiap ape yang dicorakkan dalam kehidupan kite telah mempunyai percaturannye. Kite sebagai insan dan Hamba Allah ini mesti berusaha dan yakin setiap apa yang diberikan oleh-Nya. 

Cuba kite bayangkan kalaulah hidup kite ini indah-indah saje tanpe ada sebarang cabaran dan dugaan? Macam mane erk rase nye??? Mesti bosan kan? dan kemungkinan kite tidak akan berfikir untuk mempelbagaikan kehidupan kite. Setiap kesusahan dan keperitan kite hadapi itu adalah merupakan langkah untuk kite lebih bijak maju ke hadapan. 

Allah sayangkan kite semua sebab itulah dengan keyakinan dan kesabaran dalam menghadapi sesuatu itu perlulah kite yakin bahawa pasti ada kisah dan manfaat yang bakal kite perolehi. Kite tak tahu perencanaan Allah itu tetapi kite mesti bersangka baiklah atas setiap yang kite terima. Cintanya Allah pada kite dengan diberikan dugaan dan ujian, untuk menguji keimanan dan tahap kesabaran kite dalam menghadapi sesuatu itu. Walaupun adakalanya air mata kite bergenang, hati rasa sakit, kemarahan melanda, itu semua adalah lumrah bagi seorang insan yang bernama manusia tetapi kite mesti menggunakan akal fikiran untuk mengawal semua itu. Saya bukanlah bijaksana dalam hal-hal sebegini, penulis juga seorang manusia yang tidak lari dalam mempunyai perasaan sebegini tetapi penulis setiap hari berdoa dan terus tekun berdoa dan niat kan dalam hati atas setiap yang dihadapi tiap-tiap hari itu adalah merupakan sebuah 'pembelajaran kehidupan'. 

Wahai sidang pembaca sekalian, setiap hari yang kite lalui itu bukanlah hari yang sama kite lalui pada hari-hari sebelumnya. Mungkin ada diantara kite akan mengatakan "sama je hari-hari yang kite lalui". Salah tu wahai sahabat ku sekalian, cuba amati dan lihat dengan lebih dalam sebenarnya setiap hari adalah merupakan hari yang berbeza kite hadapi walaupun sebenarnya ia merupakan pekerjaan yang sama kite lalui dan buat. Jadikan hari-hari yang kite lalui itu lebih baik dari hari semalam. Berdoa dan terus berdoa tanpa rasa jemu. Allah Maha Mendengar wahai sahabat sekalian. 

Yakinlah dan kite sama-sama musahabah diri kite setiap hari, adakalanya ada juga kite pernah buat silap dalam hidup kite tetapi kite tidak sedar. Jadi pasti ada hikmah atas setiap yang berlaku.Bila Allah timpakan kite ujian dan dugaan, sebenarnya Allah sangat-sangat sayangkan kite. Ameen....