Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Friday, 22 March 2013

Tahniah Calon SPM 2012!!!

Asslammualaikum semua adik-adik Calon SPM 2012!!! 

Bagaimana dengan result SPM 2012 ? Ok tak? Ape-ape pun TAHNIAH!!!! Sebab dah habis tamat zaman persekolahan dan dapat result exam SPM! Yeah! Yeah! Yeah! Ape pun result yg adik-adik dapat, syukur alhamdulillah walaupun ada dikalangan adik-adik diluar sana yang tak dapat straight 'A' kesemuanya tapi syukur alhamdulillah. Nak tahu kenape? Sebab itulah hasil usaha dan kemampuan serta tahap yang ada pada diri kite. Setiap orang kemampuan diri dan tahap kefahaman serta kebolehan dalam akademik adalah tidak sama dengan orang lain. Jadi jangan risau dan bimbang yer jika tengok result adik-adik itu yer. Kuatkan semangat dan keazaman untuk buat lagi yang terbaik pada masa-masa akan datang lagi yer iaitu dalam Sijil, Diploma atau Ijazah. 

Pengalaman akak dulu pun dapat result exam SPM tidaklah begitu cemerlang sangat-sangat. Sebab akak tahu kemampuan diri akak di tahap mana. Alhamdulillah akak dapat 4A sahaja dan beberapa kredit dan lulus. Disini akak nak cerita untuk berikan adik-adik semangat dan keazaman untuk terus berjaya di masa hadapan. Pengalaman akak di alam persekolahan adalah akak merupakan pelajar biasa-biasa dan boleh dikatakan bukanlah pelajar yang sangat bijak pandai seperti orang lain,cuma kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri akak adalah akak nie kuat semangat,tekun,rajin berusaha dan suka mencuba + mencuba + mencuba sampailah dapat dan faham ape yang dipelajari tu. Akak dulu masa zaman sekolah, akak seorang yang sangat pendiam dan 'berat mulut' lah sebab nak tanye cikgu sesuatu yang tak faham tu takut kalau orang lain fikir atau kawan-kawan fikir akak nie bodoh atau lembap. Itu adalah kelemahan akak dulu masa zaman sekolah dulu. Jadi selepas itu akak jadi berani skit masa naik Tingkatan 6 untuk bijak bertanya kepada cikgu-cikgu bile tak faham. Yang akak cuba sampaikan disini adalah setiap di antara kite mempunyai tahap kefahaman dan cara penerimaan sesuatu maklumat yang dipelajari itu adalah berbeza-beza.Ada sesetengah orang bile belajar je dan cikgu mengajar je,dia terus faham dan ada pula yang kelompok lain pelajar ini, bile cikgu mengajar dia amek masa nak faham dan jika nak faham dan cuba faham atas ape yang cikgu ajar kene tanyekan soalan pula. 

Jadi buat adik-adik diluar sana jangan terlalu bersedih sebab setiap keputusan exam yang kite dapat itu ada hikmah-Nya. Allah itu Maha Berkuasa dan Hebat dan merencanakan sesuatu. Yang akak nak cakap kat sini, jangan patah semangat dan putus asa untuk terus dan terus menuju kejayaan dalam bidang akademik. 

Ingat kate-kate akak nie wahai semua adik-adik calon SPM 2012 yang lalu, orang cemerlang tidak semestinya dilahirkan dengan otak yang 100% cemerlang tapi orang cemerlang adalah orang yang tekun berusaha dan terus berusaha untuk jadi seorang yang cemerlang. Orang cemerlang terdiri daripada 'orang biasa' yang mempunyai kekuatan dan kelebihan diri sendiri. Fokus kepada kekuatan dan kelebihan pada diri sendiri. Jadikan kelemahan dalam diri itu sebagai agen perubahan untuk terus bijak mengatur strategi dalam menuju kejayaan. Yakinlah, apabila kite fokus kepada kekuatan dalam diri kite, pasti kite beroleh kejayaan. Jadi....pastikan adik-adik semua kenali kelebihan diri sendiri dan kekuatan diri yang membolehkan diri adik-adik maju ke hadapan seperti orang lain. Jadikan orang lain yang BERJAYA itu sebagai PEMBAKAR SEMANGAT untuk diri kite menjadi LEBIH BAIK dari DIA. Yang penting jangan membandingkan kemampuan diri sendiri dengan kemampuan yang ada pada orang lain tetapi TUMPUKAN DAN ASAH KELEBIHAN & 
KEKUATAN DALAM DIRI. 

Ok akhir kate,ANDA HEBAT JIKA ANDA TAHU KEKUATAN DALAM DIRI! Jadi kenali KEKUATAN DIRI! dan YAKIN untuk TERUS MAJU! 

"Saya Boleh! Orang Lain Boleh! Adik-adik pun Mesti Boleh! Boleh ape???? Boleh BERJAYA la! Hakhakhakhakhakhak!!! Ok! Salam sayang dari akak kepada anda semua! 

Tahniah! & Sujud Bersyukur! Ameen! 

Ok ape lagi! Jom kite dengar lagu "Fikirkan Boleh!"  

W'salam... ^_____^ 


No comments:

Post a Comment