Salam semua sahabat! Salam penghulu segala hari iaitu Salam Hari Jumaat. Hehehehehe...
Ok cakap pasal topik kite hari nie adalah pasal "secret admirer"? ape tu? kalau ikut tafsiran bahasa melayu dinamakan "Peminat Rahsia"...hihihihi...Cuba tanye diri kite masing-masing siape kat sini yang TAK PERNAH ADA Secret Admirer??? Hihihihi...mustahil lah kalau takde mesti ada....paling kurang pun kite secret admirer kite adalah ibu bapa kite atau guru-guru kite kan kan kan???? Hahahahaha....
Bile nak cite pasal secret admirer nie kan....ape yang membuatkan seseorang itu kite jadikan dia atau anggap dia sebagai secret admirer? Mesti ada kriteria nye kan? hihihihi... Kalau cik mun....mun tertarik pada seseorang itu dan menganggap dia secret admirer kerana sikap dia adalah menarik perhatian kite serta boleh dicontohi. Misalnya masa kat sekolah dulu,cik mun ada meminati seorang guru lelaki nie...time tu cik mun darjah 4 dia pulak mengajar sesi pagi. Jadi bila cik mun sampai sekolah,on the way nak ke kantin sekolah tu mesti nampak cikgu tu mengajar di mana-mana kelas yang berhampiran. Hihihihi...mesti korang semua fikir cikgu tu hensem kan? ish...takde la...dia takdelah hensem...muka boleh tahanlah...kulit sawo matang...yang menarik tentang diri dia adalah walaupun cik mun tak pernah bercakap dengan dia tetapi dia seorang guru yg bila mengajar menggunakan cara yang lain dari guru-guru yang lain. Cara pendekatan dia dari guru-guru yang lain amatlah berbeza dan budak2 dlm kelas dia pun muka hepi je bila time dia mengajar. Itu adalah antara guru yang cik mun anggap dia sebagai secret admirer mun.
Kemudian masa cik mun di Tingkatan 1 pulak,cik mun suka pada cara seorang ustazah ini mengajar. Ustazah inilah telah mendidik dan mengajar cik mun tentang cara solat yang betul. Ketika saat itu,saya merasakan alhamdulillah kerana ada seorang pendidik yang telah menegur tentang cara solat. Ketika ustazah itu berpindah ke tempat lain,saya rasakan sangat sedih kerana dia seorang guru yang baik dan mendidik setiap anak muridnya dengan sepenuh hati dan sanubarinya. Jika ada dikalangan kawan-kawan cik mun yang tak reti atau tak paham mesti dia ajar kami sampailah faham sehinggakan ramai dikalangan kami beroleh gred A dalam Pendidikan Islam. Terima kasih ustazah. Segala ilmu pengetahuan yang diberikan oleh ustazah tak kan saya lupekan sehingga kini.
Kenapa kalau kite ada secret admirer kan,kite tidak digalakkan ceritakan pada orang? Sebabnya adalah cara pandangan dan fahaman orang adalah berbeza-beza, mungkin ada juga yang segelintir percaye jika kite menyukai seseorang kerana secret admirer, orang lain akan beranggapan kite 'jatuh hati' pada dia pula. Sedangkan dia hanya secret admirer kite je...Hehehehe...jadi langkah yang sebaik-baiknya adalah diam saje, biar Allah s.w.t je yang tahu.
Setiap secret admirer tak semestinya tanda kasih dan sayang kite atau pun cinta kite pada nya secara diam-diam.Hahahahaha! Tak semestinya la. Sebab suka tak semestinya sayang dan sayang tak semestinya cinta. Hihihihihihi....betul tak?
Jadi pada cik mun jika kite ada secret admirer tak salah,cuma kene jaga batas-batasnya. kadang-kadang tu perlu ada secret admirer supaya dia boleh menjadi sebagai sumber dorongan kepada kite untuk berjaya dan sebagai sokongan untuk kite menjadi baik seperti dia. Insha Allah...
Sekian saje untuk entry kali ini....
#segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datangnya dari diri sy sendiri#
p/s : cik mun nk tuju lagu boleh tak? hahahahaha!!!!
~siapa yang baik hati pasti ku terima....lalalalalala~
No comments:
Post a Comment