Assalammualaikum wahai sahabat semua....
Dah dengar alunan lagu Ombak Rindu? Mesti dah dengarkan? dan pernah dengarkan? Betul tak? Sedih dan tersentuh tak bila dengar lagu tu? Jika anda semua tersentuh dengar nyanyian Hafiz dan Adira,alhamdulillah dan syukur,anda semua mempunyai perasaan sedih.Jom kite semak diri kite masing-masing,pernah tak kite ingin memiliki seseorang itu tetapi kite tak dapat nak memilikinya.Mungkin dia telah menjadi milik orang lain atau dalam hubungan kite dengan dia mempunyai ada tentangan yang hebat sama ada dari keluarga atau terdapat halangan yang sukar untuk merapatkan hubungan kite dengan dia.Pernah tak? Jika pernah mengalami salah satu yang saya sebutkan diatas,jom kite semak dan fikir kenapa terjadi perkara sedemikian? Adakah diri kite ini pernah buat silap?atau kite nie tak setanding dengan dia? atau keluarga dia tidak suka pada kite? atau sebab jawatan,darjat atau sebab dia orang senang dan kite orang biasa-biasa? atau kenapa yer??? Cuba fikir dan fikir.Dah ada jawapannya tak? Hehehehe....
Baiklah disini,penulis ingin berkongsi tentang tajuk kite malam ini iaitu "Dia Bukan Milik Ku".Semua insan dikurniakan perasaan dan naluri kasih sayang antara satu sama lain dan ingin dibelai dan dikasihi.Itu adalah normal dan lumrah dan itu juga adalah kurniaan dari Yang Maha Esa.Tetapi masih ada caranya untuk kite menyalurkan kasih sayang kite itu iaitu melalui perkahwinan.
Jika dikala kite inginkan seseorang itu tetapi kite tidak beroleh ape yang kite inginkan,memang sangat-sangat sedih dan pilu hati ini kan? Tetapi penulis selalu fikir,setiap yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik dan amat-amatlah terbaik untuk setiap di antara kite.Jika hati dan mata kite menyukai seseorang,tidak bermaksud dia adalah jodoh kite dan dia akan menjadi milik kite.Sebab hati dan mata kite suka melihat kepada sesuatu yang 'sedap mata memandang',tetapi belum tentu yang cantik,yang kacak,yang indah itu adalah mesti menjadi kepunyaan kite selagi mendapat keredhaan dan keizinan dari Yang Maha Esa.Jika dikala hati kite rasa sedih kerana putusnya cinta dengan insan lain,janganlah terlalu sedih kerana Cinta Allah iaitu Maha Pencipta masih ada dalam hati kite semua.
Penulis bukanlah seorang yang sangat-sangat hebat dalam soal hati dan cinta ini.Yang penulis ingin kongsikan dengan sidang pembaca sekalian adalah dalam liku-liku kite mencari seseorang dalam menjadi teman hidup kite, adakalanya kite berjumpe dengan orang yang betul-betul sayangkan kite kerana sayang semata-mata, tetapi dalam pada masa yang sama yang 'di atas' iaitu Yang Maha Kuasa telah menetapkan sesuatu yang TERBAIK untuk kite semua.Di saat kite berkenalan dengan seseorang itu,mesti semuanya INDAH BELAKA, tetapi jika dalam pertemuan dan perkenalan kite itu, jika kite berfikir dengan akal fikiran pasti kite boleh ketahui sama ada Si Jejaka atau Si Gadis itu sesuai atau tidak dengan kite. Frasa kata 'sesuai' ini bukanlah merujuk kepada material tetapi lebih merujuk kepada KESESUAIAN SELAMA-LAMANYA iaitu, adakah SI DIA sesuai dengan keluarga kite,adik beradik kite dan orang sekeliling. Sebab ada juga yang ingin menjalinkan hubungan dengan diri kite kerana dia sayang dan sukakan kite semata-mata tetapi jika di fikir dengan bijaksana dan dengan teliti pasti kite akan dapati dia tidak boleh 'link' dengan individu yang sentiasa ada bersama-sama kite setiap masa,misalnya keluarga kite. Sebab itulah jika dia tidak dapat menjadi milik kite, janganlah terlalu sedih atau terlalu gusar, kerana Allah telah menyelamatkan diri kite dengan seorang insan yang mungkin bukan dia jodoh kite dan lafaz Alhamdulillah yang penulis dapat lafazkan kerana yang pasti Allah merencanakan yang terbaik untuk diri kite semua.
Yakinlah jodoh itu hak Allah dan mati itu juga hak Allah tetapi Allah memberikan kite ruang dan peluang untuk bijak memilih dalam mencari pasangan hidup yang boleh di ibaratkan jika dalam semangkuk kacang dicampur bermacam-macam kacang tetapi kacang manakah yang sedap bila dimakan walaupun jika dilihat pada mata kasar semangkuk kacang itu memang menyelerakan tetapi yang manakah paling terbaik sekali. Begitu jugalah dalam kite mencari pasangan hidup ini iaitu Allah memberi kite peluang dan ruang untuk terus mencari tanpa rasa jemu dan yang pasti jangan putus untuk terus berdoa dan berdoa ke hadrat Allah agar dipertemukan dengan seseorang yang TERBAIK dalam menjadi pasangan kite. Terbaik yang dimaksudkan di sini bukanlah dari segi material semata-mata tetapi bagi saya, saya seorang wanita dan saya inginkan suami yang beriman,bertaqwa dan boleh membimbing saya dan insya Allah bakal zuriat saya di kemudian hari. Mesti ada yang tanye, soal wajah perlu tak jadi ukuran dalam mencari pasangan? bagi pendapat saya, wajah juga memainkan peranan penting tetapi biarlah sedap mata memandang atas redha Allah semata-mata bukan kerana keinginan hawa nafsu.Pastikan niat di hati adalah betul kerana Allah semata-mata.Tidak semestinya yang cantik dengan yang cantik dan yang comel dengan yang comel. Yang penting, penulis suka pasangan yang saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain barulah wujud kesempurnaan sesebuah hubungan.
Tetapi kalau mendapat tentangan keluarga bagaimana pula? Mesti ada sebabkan ibu bapa kite melarang hubungan kite dengan seseorang itu? Pada pendapat penulis, ibu bapa mesti ingin yang terbaik untuk diri kite dan yang penting perasaan mana-mana ibu bapa jika hendak serahkan anaknya lebih-lebih lagi perempuan kepada seorang lelaki untuk dijadikan suaminya mestilah bermacam-macam kriteria yang ditetapkan.Nak tahu kenapa? Sebab redha Allah terletak pada restu ibu bapa kite, jadi jika mendapat keizinan dari mereka, alhamdulillah.Jika tidak,pastinya ada sebab yang munasabah. Jadi janganlah terlalu sedih kerana kasih sayang ibu bapa kite itu melebihi segala-galanya dan mereka mempunyai pengalaman malahan pandangan mereka sendiri dalam memastikan sama ada Si Dia itu adalah yang terbaik atau tidak untuk anaknya.
Wahai sidang pembaca sekalian, jadikanlah ibu bapa kite sebagai kawan dan sahabat.Jika hati kite berminat kepada seseorang dan sukakan seseorang,bagi tahulah mereka.Pasti mereka terus buat Solat Hajat dan Solat Istikharah,insya Allah setiap petunjuk yang Allah berikan melalui ibu bapa kite, insya Allah betul. Tetapi kite sendiri pun mesti buat Solat Hajat dan Solat Istikharah, agar Allah mempertemukan kite dengan seorang insan yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk diri kite sendiri.
Allah itu Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui ape yang tersurat dan tersirat di hati kite. Sentiasalah mengingati Allah dalam ape jua keadaan, tidak semestinya ketika susah dan sakit sahaja tetapi pada setiap saat. Jika kite ingat Allah sentiasa, pastinya Allah ingat kite. Jangan sesekali sombong dan bongkak dengan Allah. Sombong dan bongkak di maksudkan di sini adalah kite tidak mahu berdoa, dan tidak mahu melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, wahai hati semua insan yang sedang membaca entry ini, disaat kite dalam kandungan ibu kite lagi Allah telah menyanyangi kite. Sesungguhnya Dia Maha Penyanyang.Jadi janganlah terlalu memandang ke atas dan ego atas setiap yang kite ada. Peringatan ini bukanlah untuk sesiapa tetapi penulis sentiasa mengingati diri penulis untuk menjadi seorang pemudah cara dan sentiasa mengingati Allah setiap saat,agar dengan redha Allah penulis dapat bernafas dan berdiri di atas muka bumi Allah ini. Sesungguhnya Allah itu sangat hebat, tidak dapat penulis gambarkan dengan perkataan. Yang penulis boleh katekan, berdoa dan yakinlah setiap ape yang berlaku,kerana Allah Maha Adil dalam setiap perkara. Yakin dan yakin wahai setiap hati yang lara,insya Allah pasti ada seseorang untuk diri anda.
Ameen...
~Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri-
W'salam....
No comments:
Post a Comment