Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Wednesday 25 June 2014

Bercinta Selepas Nikah

Bercinta selepas nikah???

Siapa pernah alami situasi ini? 

Alhamdulillah dengan izin dan kasih sayang dari Allah s.w.t, saya telah selamat di ijab kabulkan dengan suami saya. Kami telah dipertemukan oleh keluarga masing-masing. Kami diperkenalkan oleh sepupunya. Pada mulanya hanya hendak kenal-kenal sahaja. Lama-kelamaan tidak disedari ia telah membawa kami ke jinjang pelamin. 

Syukur...Alhamdulillah...
Itu yang boleh saya katakan....

Mesti orang tertanya-tanya macam mana agaknya bercinta selepas nikah??? 
Hehehehehe....bercinta selepas nikah ni amat-amatlah indah. Itu yang boleh saya katakan disini kerana semuanya telah halal dan dibawah keberkatan dan lindungan Allah. 

Bercinta selepas nikah tidak sama seperti bercinta sebelum nikah atau istilah yang lebih difahami dinamakan "couple"....hehehehehe....sekarang telah menjadi suatu budaya dan amalan dikalangan masyarakat kita iaitu "couple" dulu untuk mengenali hati budi la katenye. Maaf yea kepada semua rakan-rakan diluar sana...saya amat-amat tidak bersetuju dengan kenyataan "untuk mengenali hati budi pasangan" adalah dengan bercouple. Sebelum saya bernikah, saya ada juga berkawan dengan orang lain tetapi apabila mereka hendak mendekati saya lebih sebagai seorang kawan, saya akan menyuruh mereka berjumpa dengan ibu bapa saya. Tetapi alangkah sedihnya,semuanya tidak berani dan hanya mengatakan "tidak bersedia lagi"...."tunggu la dulu"..."duit tak cukup lagi.nanti kena suruh masuk meminang pulak". Pada saat itu, saya sudah mengenali rentak dan trend lelaki yang mempunyai "spesis" sebegini. 

Saya sejak dahulu lagi memang sudah niat dalam hati "aku hendak bercinta selepas nikah,jika ada lelaki yang ikhlas dan jujur dengan aku.aku nak dia menikahi aku sebagai isteri yang sah". Itulah kata-kata yang selalu bermain di fikiran saya. Pada saya jika, lelaki itu benar-benar ikhlas, baik dan jujur dengan diri kita dia juga pasti memilih untuk bercinta selepas nikah. 

Lafaz syukur....saya dipertemukan oleh Allah dengan suami saya sekarang....
Solat Hajat....telah saya buat dan dengan kehebatan Allah...Solat Hajat pertama kali saya,saya telah diberikan petunjuk oleh Allah....wajah suami saya sekarang...
Menitis air mata saya...kerana terkejut pun ada...terharu pun ada...
Kerana dengan izin dan kasih sayang darinya saya bertemu dengan seorang lelaki yang saya idam-idamkan untuk menjadi suami saya dan bapa kepada bakal-bakal zuriat saya nanti. Insha Allah....

Setiap kali dalam doa selepas solat...dan sujud terakhir saya setiap kali selepas solat fardhu...
Saya berdoa untuk beroleh suami yang beriman,bertaqwa,pengasih,penyayang,bertanggjawab dan boleh membimbing saya ke jalan yang lurus. Jika ditanya kenapa tidak mendoakan seorang suami yang kacak? Jawapan saya, saya inginkan sikap seorang suami yang boleh menjadi benteng dan pelindung untuk saya dalam melayari alam perkahwinan bersama-sama dia....rupa paras yang sederhana sudah cukup untuk saya menerima dia seadanya. Dalam dunia ini tiada siapa pun yang sempurna. Jadi jika kita telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang 80% dari ciri-ciri yang kita inginkan...ucaplah syukur alhamdulillah...kerana lagi 20% itu sebenarnya ada dalam diri kita...kita lengkap melengkapilah antara satu sama dan lain.

Indahnya percintaan selepas bernikah dalam alam perkahwinan ini adalah setiap hari seperti hari untuk kita mengenali si dia....bercinta dan berkasih dengan dia...kita rasa ingin mengenali dia dengan lebih rapat lagi...dari segi makanan kegemarannya,minat dia,pakaian yang dia suka dan bermacam-macam lagi. Yang lebih menariknya lagi, kita mengenali dia sebagai sahabat,sebagai kawan,sebagai teman dan banyak lagi. 

Apa yang boleh saya katakan...
Bercintalah selepas nikah....manisnya perkahwinan itu kerana REDHA ALLAH...
Jika bercinta sebelum nikah,adab-adab pergaulan dan tutur kata belum tentu beroleh REDHA ALLAH....jika hati kita berkata-kata sesuatu yang kurang enak, bermaksud iman kita telah berbunyi untuk kita menyedari bahawasanya kita telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Maha Pencipta. 

Dalam perkahwinan adalah "LADANG PAHALA" bagi seorang isteri...
Jadi semailah dengan penuh kasih sayang dan kecintaan seorang isteri kepada suaminya...
Kata-kata pesanan ini selalu saya dengar sebelum saya berkahwin kemudian selepas saya berkahwin,barulah saya mengerti "LADANG PAHALA" yang dimaksudkan itu....

Allah berikan kita seorang pasangan yang dijadikan untuk melengkapi diri kita. Kita bukanlah seorang manusia yang sangat sempurna. "Not 100% Perfect".Hehehehehe....jadi janganlah terlalu mencari kesempurnaan. Kesempurnaan itu berlaku apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain. 

Akhir kata, 

"Abg,terima kasih menerima syg seadanya.Hadirnya abg dalam hidup syg adalah kurniaan Allah kepada syg. Itulah rezeki paling besar Allah kurniakan abg kepada syg.Syg bersyukur kerana abg hadir dalam hidup syg.Alhamdulillah....doa syg,syg mohon kpd Allah untuk melindungi perkahwinan kita agar saling cinta-mencintai dan kasih mengasihi antara satu sama lain hingga ke akhir hayat.Aameen...."