Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Saturday 23 November 2013

Nasi Goreng Biasa

Bahan-bahan :
Nasi Putih - 3 port
Bawang merah - 4 ulas *
Bawang putih - 4 ulas *
Cili Padi - 8 biji ***
Udang segar saiz kecil / Udang kering ***
Telur -3 biji
Sos tiram
Serbuk secukup rasa
Mentega Planta
Timun / Tomato - untuk hiasan
Bawang goreng - untuk hiasan

* Dihiris-hiris
*** Ditumbuk hingga lumat. Jika tiada udang segar boleh guna udang kering yang direndam terlebih dahulu dengan air panas dah toskan barulah boleh tumbuk dengan cili padi.

Cara Membuat :

1. Sediakan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi dengan gunakan mentega planta. Dah tumis tu bagi garing sikit kekuningan.

2. Masukkan udang dan cili yang telah ditumbuk lumat ke dalam kuali. Tumis hingga masak.

3. Ketepikan bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Jika guna kuali besar senang. Masukkan 3 biji telur dan biar sampai masak lepas tu kacau rata dengan bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan serbuk secukup rasa. Yang ni agak-agak je yea.

4. Masukkan nasi ke dalam kuali tadi dan kacau sampai rata. Kemudian rasa yea. Jika tawar boleh masukkan sos tiram sikit je sebab nanti termasin pulak.

5. Boleh angkat dan dihidangkan dalam pinggan.  Boleh hiaskan dengan timun atau tomato atau dengan bawang goreng yea. Ikut citarasa dan minat masing-masing.

Senang dan mudah!!! Selamat mencuba!!!

Friday 22 November 2013

Terima kasih Awak!

Assalammualaikum wahai hati,

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Aku bersyukur dengan redha dan kasih sayang dari yang Maha Kuasa telah mempertemukan kita tanpa kita duga dikaulah jodoh ku. Personaliti dan sikap dikau telah mencuit hatiku. Terima kasih kerana hadir wahai insan yang boleh ku panggil sebagai sahabat,teman,kawan,cinta dan pelengkap hidupku. Dikaulah segla-galanya.

Aku sentiasa berdoa agar ikatan perhubungan ini sentiasa dibawah redha dan kasih sayang Allah s.w.t.

Terima kasih Allah....terima kasih papa dan mama...terima kasih ayah dan mama seterusnya terima kasih cintaku yg ku sayangi.

Semoga hubungan kekeluargaan di antara kedua2 keluarga ini saling utuh,hormat menghormati dan saling kasih mengasihi di antara satu sama lain seterus bertolak ansur sesama kita. Aameen....