Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Tuesday 24 September 2013

Sujud Syukur!!! Alhamdulillah....Petunjuk Allah Sangat Hebat!!!

Jika ditanya pada setiap antara kita pasti banyak pengalaman kehidupan yang telah dihadapi kan? Tetapi bagaimana penerimaan kita di saat kita di uji? Pasti ada yang sedih, duka dan tidak boleh terima sesuatu itu dengan berlapang dada atau terkilan? 

Biarlah apa pun dugaan dan cabaran yang kita alami tetapi pernah tak kita fikir semua itu ada hikmah dan pasti kita di uji itu ada sebab di saat ujian itu datang. 

Pengalaman aku telah mengajar diri aku untuk berlapang dada. Pernah di saat dan ketika aku tidak boleh menerima sesuatu cabaran yang datang secara tiba-tiba. Tetapi alhamdulillah dengan izin dari-Nya aku sujud syukur kerana aku bersyukur Dia telah berikan aku petunjuk ke atas apa yang aku alami dan sedang hadapi. 

Aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Ada juga salah dan silap yang pernah aku lakukan. Tetapi aku belajar dari pengalaman lalu seterusnya aku bangkit dan tetapkan semangat atas apa yang berlaku ke atas diri aku. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi rahsia antara aku dan Allah tetapi yang aku tahu Allah itu sangat Hebat kerana Dialah aku terus bernafas dan hati aku berlapang dada.

Setiap yang berlaku itu, aku mendoakan yang terbaik atas setiap "sesuatu" itu. Sayangnya aku pada ibu bapa, aku selalu mendoakan mereka dalam solat dan sujudku. Walaupun mama dan papa selalu tegur aku dalam segala hal dan kekurangan aku. Kerana izin Allah jugalah aku bertemu dengan mama dan papa. Sayangnya aku pada sahabat handai aku mendoakan mereka juga walaupun ada masa dan ketikanya hati aku terkilan. Mungkin sayang aku tidak aku tunjukkan kerana "aku" adalah "aku" kerana "aku" tak kan boleh jadi "dia". Sayangnya aku pada adik beradik aku, aku jaga dan bantu mereka di saat mereka memerlukan. Walaupun aku sedar aku seorang yang tegas dan garang. Tetapi dalam garang dan tegas masih ada sayang dalam hati aku. 

Aku bersyukur kerana Allah telah kurniakan aku hati yang berlapang dada dan tenang sekarang nie. Aku juga bersyukur kerana Allah kurniakan aku pemikiran yang positif dan bersangka baik terhadap apa yang berlaku. Biar pun ada segelintir manusia yang beranggapan bukan-bukan terhadap diri aku. Pada aku biarlah, itu cara mereka berfikir maka dengan cara itu jugalah mereka bertindak. Yang aku tahu Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 

Alhamdulillah dengan izin dari Allah juga banyak hikmah dan petunjuk yang Allah kurniakan kepada aku semenjak sesuatu cabaran dan dugaan yang datang. Semenjak itu aku buka mata dan minda. Biar pun ujian dan cabaran yang diberikan oleh Allah itu telah banyak mengajar aku pelbagai macam perkara. Allah itu sangat Hebat. Kerana Dia jugalah aku mengetahui kebenaran semua ini. 

*******************************************************************************

Disaat aku bersedih, terluka dan terkilan, yang terdetik didalam hati aku hanyalah...
 
"Ya Allah,kuatkanlah semangat aku Ya Allah!" 
"Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" 
"Tolong kuatkan semangat aku Ya Allah"
 "Berikan aku kekuatan Ya Allah"

Alhamdulillah...Allah itu Maha Berkuasa dan sangat Hebat kerana Dia jugalah aku beroleh petunjuk dan yang penting Allah itu Maha Adil atas setiap kejadian yang berlaku.


*******************************************************************************

Syukran Jazilan Ya Allah! Terima kasih Ya Allah!!!!! 

Aameen.

*******************************************************************************



Saturday 21 September 2013

"Anak Emak" atau "Anak Ayah"????

"Anak Emak" atau "Anak Ayah"??? Kita yang mana satu? 

Kenape eh istilah-istilah ini selalu diperkatakan oleh kalangan masyarakat kita? Hihihihihi.......

Ada orang beranggapan kalau ikut perintah mak atau ayah dikatakan kita nie sebagai "anak emak" atau senang cakaplah "anak emas". Hihihihi....

Tetapi saya cukup terkilan bila ada orang fikir jika seseorang itu ikut kehendak dan ikut cakap mak ayah nya selagi tak bertentangan dengan suruhan agama Islam dikatekan sebagai "anak emak" atau "anak ayah"....Hihihihihi....mentaati dan menuruti segala suruhan ibu bapa selagi tak bertentangan dengan agama Islam kan itu syariat yang perlu dan wajib kita buat kan??? Sebab redha Allah terletak pada redha Ibu Bapa. Jika ibu bapa kita tak redha maka tak redha la....jgn kerana kita dah dewasa, kita nak ikut kepala kita sendiri je kan? betul tak? hehehehe...kononnya matanglah tu...hahahaha!!!

 Pada pendapat saya, jika kita melihat sesuatu itu dalam tempoh sebulan dua tetapi ibu bapa kita boleh memberi gambaran dan pendapat mereka tentang masa depan kita bagi tempoh 20 tahun atau 30 tahun akan datang. 

Jadi janganlah kita suka melabelkan diri seseorang itu sbg "anak emak" atau "anak ayah" yea jika kerana dia mentaati atau menuruti perintah ibu bapanya.