Mutiara Kata :

Setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini mempunyai ketetapan dan ia berlaku kerana atas perencanaan Allah yang senantiasa mempunyai hikmahnya tersendiri.
Disebalik keperitan yang dilalui pasti ada kemanisan yang bakal kita hadapi dan mengalaminya.Jadi kita sebagai Hamba Allah ini mestilah yakin dan sentiasa yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya.
Senjata orang Islam adalah berdoa.Maka kuatkan keazaman dan terus menerus berdoa serta yakin atas pemberian oleh Yang Maha Esa.
Insya Allah,Allah itu Hebat dan Maha Mengetahui!

Thursday 26 February 2015

Ayah...Ibu....Papa....Mama.....Ummi....Abi....Walid.....

Assalammualaikum semua,

Setelah sekian lama,saya tidak mencoretkan sesuatu pun di blog ini....

Malam ni terasa hati ini hendak mengarang sesuatu....

Tajuk malam ini tentang seseorang yang telah membawa kita ke dunia ini dengan izin dan kasih sayangnya Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t. 

Siapakah gerangannya??? Mestilah ibu bapa kita....jadi siapa kita dengan mereka? 

Kita adalah anak....semua orang pernah menjadi 'anak' dan mempunyai 'anak' kan? 

Tetapi semasa kita kecil,kita tak tahu pun tanggungjawab sebenar-benar seorang 'anak' sehinggalah kita telah dewasa, kita sedar apa tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang anak. Tetapi persoalannya sekarang adakah kita masih sedar dan faham apakah peranan kita sebagai anak? 

Pengalaman saya ketika kecil dan ketika saya di usia remaja sekolah lagi, ketika itu ke mana saja saya nak pergi mesti bersama-sama mama atau papa saya. Tidaklah saya dibiarkan seorang diri pergi ke sana sini. Dan ibu bapa saya tidak membiarkan saya pergi ke sana sini dengan kawan yang tidak dikenalinya. Mungkin ketika itu kes culik la, kes macam-macam lah yang berlaku di luar sana merisaukan ibu bapa saya. Tapi masa saya zaman sekolah kalau boleh saya nak je keluar dengan kawan-kawan tetapi mama papa saya tidak akan membiarkan saya sosial begitu sahaja. Tapi masa tu masih remaja, jiwa memberontak, garang, degil je. Degil-degil pun dengarlah juga cakap papa mama saya. Hehehehehehehe......tapi masa tu saya tak fikir lagi, apalah sebabnya tak boleh pergi keluar dengan kawan saje-saje gitu rupaya ibu bapa saya mendidik saya dengan cara yang betul.

Setelah semakin meningkat dewasa saya mula melihat dan mempelajari sesuatu dari pengalaman saya semasa kecil dulu. Jika dulu kita bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa kita, sekarang kita masih lagi bergantung pada mereka tetapi pergantungan itu lebih kepada seorang ketua keluarga yang memimpin kita dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang baru iaitu di gelar sebagai "suami". Tapi adakah tanggungjawab kita pada ibu bapa telah selesai? Ini pendapat saya dan perasaan saya sebagai seorang anak, jika saya ada anak, saya nak anak saya jenguk saya setiap hari tetapi disebabkan jauh, dapatlah saya jumpa anak saya seminggu sekali atau tidak pun sebulan sekali atau mendengar suaranya di telefon sahaja pun boleh. Itulah perasaan saya sebagai seorang anak. Alangkah tersentuhnya hati saya, bergenang air mata sikit apabila papa saya memberitahu perkara yang sama, apa yang saya fahami dan rasai. Apa yang boleh saya katakan disini, ada masanya kita perlu meletakkan diri kita didalam peranan sebagai seorang 'ayah' atau sebagai seorang 'ibu'. Maka dengan meletakkan diri kita sedemikian, maka dapatlah kita rasai apa yang ibu bapa kita rasai. Jangan kerana kita 'anak' kita fikir sebagai 'anak' sahaja, tetapi fikirlah suatu hari nanti kita pasti mempunyai zuriat kita sendiri. 

Seorang ibu atau bapa tidak menginginkan harta mengunung tinggi tetapi harta mereka adalah 'anak'. Itulah harta yang paling berharga. Jika mereka tidak meminta sesen pun wang ringgit, berikanlah semampu yang boleh kepada mereka kerana manalah tahu mereka ada keinginan atau keperluan yang mereka mahu beli. Jika mereka tegur atau marah sesuatu, sabarlah dan ingatlah tegur dan marahnya mereka itu kerana sayang....jadi berikan sedikit kasih sayang yang kita ada kepada mereka walaupun di bibir mereka tidak menyebut atau melafazkan yang kita ayat 'sayang' itu. Bagaimana hendak memberikan kasih sayang kepada mereka? Cukuplah dengan memberikan sepenuh perhatian, sebahagian wang ringgit mengikut kemampuan, sedikit pemberian dari kita seperti baju atau apa sahaja untuk mereka tanpa menunggu hari lahir atau hari special mereka dan tanyakan khabar berita selalu-selalu. 

Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang mama yang tegas, garang (ikut time) pandai masak, rajin, bijak pandai dan seorang papa yang penyayang, kelakar, penyabar, pandai masak dan macam-macam lagi. Kerana ibu bapa sayalah saya belajar itu dan ini pasal kehidupan. Bapa saya banyak menasihati saya macam-macam dan berikan tips macam-macam. Nanti saya ada anak, saya nak ceritakan pasal kisah ibu dan bapa saya kepada mereka supaya dijadikan contoh dan tauladan kepada cucu cicit akan datang. 

Setiap manusia tidak sempurna, buruk baiknya ibu bapa kita, merekalah sebaik-baiknya ibu bapa yang telah melahirkan dan mendidik kita. Setiap kebaikan dan keburukan yang ada itu adalah kekurangan setiap manusia. Saya pun ada kekurangan dan saya tidak tahu kelebihan saya apa, melainkan orang disekeliling yang menilainya. Jadi terimalah dengan hati terbuka ibu bapa kita sebagaimana yang diberikan oleh Maha Pencipta. Ada hikmah dan kebaikan setiap pemberian daripada-Nya. Belajarlah sesuatu atas setiap pemberian daripada-Nya. Jangan membandingkan apa yang ada dan tiada pada ibu bapa kita dengan ibu bapa orang lain. 

Sekian sahaja untuk kali ini.....

W'salam. 


Rindunya kat papa mama saya...

Majlis persandingan saya bersama papa mama saya. 



2 comments: