Assalammualaikum permulaan kata dan bual bicara dari cik mun untuk
sidang pembaca sekalian,
Bila korang semua baca topik entry kali nie ape yang kalian terfikir? Mesti ada bermacam-macam persoalan yang muncul kan? Mesti ada yang cakap "nie macam nak putus kawan je" tak pun ada terfikir "nie macam dah tak nak kawan aku je" kalau lebih perit lagi kalau kite memahami frasa kata tu sebagai "dia nie macam dah BUANG aku dari hidup dia je.macam tak nk kawan terus je nie". Sedihkan kalau orang yang pernah kite rapat tak kisahlah sesiapa pn,lelaki atau perempuan tetapi kalau si dia reply sms mcm tu kat kite mesti sedih kan sangat-sangat. Rase macam hati nie dicantas-cantas dengan pedang samurai kan? Hahahahaha!!!! Betul tak?
Kalau orang lelaki yang baca entry nie mesti fikir "orang pompuan nie sensitif sangat la.ayat macam tu pun pk bukan-bukan". Hehehehehe...wahai jejaka-jejaka kacak di luar sana tu, ingatlah walaupun sms korang kat orang perempuan tak lengkap aytnye dah membuatkan kami orang perempuan fikir lain. Kalau cakap dalam tepon dengan suara,kite tahu intonasinye macam mane kan? Jd orang perempuan tak fikir negatif. tetapi kalau pasal bab ayat-ayat nie,please take note yer kerana kesilapan menaip ayat yang kurang tepat boleh mengundang pelbagai implikasi dan tafsiran. Ni tak bermaksud kitorang semua gurl-gurl very sensitif tetapi perasaan perempuan nie mudah terusik.
Entry malam nie bukanlah cik mun nk beremosi pulak tetapi kerana 2 perkataan "tidak wajib" membalas sms itu membawa terlalu banyak pengertian. Sedihnya jiwa si wanita kerana menerima sms sedemikian. Jika wanita sedih atau lelaki itu bersedih wajarlah egonya akan meninggi kerana hendak menutupkan keperitan yang tercalit didalam hatinya. Tetapi biarlah jadilah seorang PEMAAF,tiada guna simpan dendam yang tidak bawak ke mane pun malah menyakitkan lagi hati sendiri je. Ingatlah Allah dan redha Allah. Pasti Allah permudahkan segala urusan kite dan Allah pasti membaik pulihkan hati kite yang terluka. Insya Allah...ameen...
Kuasa Allah tu sangat Hebat! Di hati kite inilah bermacam-macam perasaan yang tersimpan, ada perasaan gembira,sedih,pedih,pilu,terkilan dan bermacam-macam lagi. Cik Mun selalu berdoa kepada Allah supaya kuatkan semangat dan kuatkan hati cik mun dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang cik mun rasai. Di saat hati kite tersimpan 1001 kisah sama ada suka atau duka,di saat itulah Allah telah mengetahui segala-galanya apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan yang bakal berlaku. Doa itu keajaiban orang Islam, jadi berdoa dan berdoa tanpa putus asa. Setiap kepiluan dan kekecewaan itu pasti Allah gantikan dengan rezeki dan kegembiraan yang tersangat-sangat banyak kepada diri kita. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyanyang,setiap yang diberikan pasti memberikan HIKMAH yang melimpah ruah! Yakin dengan Kuasa Allah!
W'salam.
No comments:
Post a Comment