Assalammualaikum wahai abang, adik, kakak, semua sahabat dan teman,
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnianya dan dengan izin-Nya, cik mun beroleh keputusan yang cemerlang untuk kelas pjj cik mun yang telah cik mun selesai ikuti tahun lepas dengan jayanya. Ameen...ameen...ameen...
Rasa nak menangis di saat mencoretkan kisah ini. Apa yang cik mun nak share dengan kalian semua adalah keajaibannya sebuah doa dan usaha yang tanpa putus asa dan dengan tekun. Siapa pun anda, saya mohon dengarlah kisah saya ini agar boleh menjadi pendorong untuk anda berusaha dan terus berusaha tanpa putus asa dalam mencapai sesuatu.
Setiap kali saya berdoa-doa dan berdoa antara perkataan yang saya selalu ucapkan dalam doa saya ke hadrat Allah s.w.t adalah :
"Ya Allah! Jadilah aku pelajar cemerlang di UPM..."
"Kuatkanlah semangat dan keazaman aku untuk terus berjaya supaya aku dapat membantu orang disekeliling aku dengan ilmu yang aku dpt ini"
"Ya Allah! Lembutkan hati ku dan hati pensyarah aku di saat mereka mengajar aku dan memeriksa kertas peperiksaan aku"
itu adalah antara ayat-ayat yang cik mun ucapkan dan sehingga saat ini cik mun ucapkan.
Bila hendak menduduki,semasa dan selepas menduduki exam mid term dan final setiap semester, cik mun bersungguh-sungguh buat solat hajat serta solat taubat dan memohon ke hadrat Allah untuk mempermudahkan jari jemari cik mun mencoretkan ape yang telah dipelajari dan di baca. Subahanaallah! Doa itu sangat ajaib dan sungguh bermakna. Cik mun seperti orang lain juga ada kelemahan dan kekurangan. Tetapi cik mun tetap terus berusaha untuk mencapai ape yang cik mun nak. Sebab dengan ilmu yang cik mun ada ini, bukanlah untuk cik mun berbangga diri tetapi cik mun hendak membantu semua orang disekeliling cik mun. Itu adalah keazaman cik mun dan keinginan cik mun. Cik Mun pernah jadi seperti orang yang tidak tahu ape-ape, dan di saat cik mun ingin ketahui ape yang cik mun tak faham...Ya Allah, hanya Yang Maha Esa saje yang tahu, amatlah sukar jika kita tidak menjadi pandai dan bijak. Pandai dan bijak bukanlah untuk kepentingan diri semata-mata tetapi dalam ilmu yang kita dapat itu ada rezeki orang lain juga yang perlu kita bantu. Sebab itulah cik mun belajar bersungguh-sungguh! Ketika di zaman sekolah rakan-rakan cik mun ramai yang cemerlang dan gemilang tetapi hehehehehe...cik mun cemerlang dalam kokurikulum dalam akademik, agak sederhana. Hehehehehe....
Jadi atas sebab demikianlah cik mun bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan pengajian akademik wlpn secara pjj. Tetapi itulah rezeki dan keajaiban Allah tidak terkata di saat kita ketahui resultnya. Allah itu Sangat Hebat wahai sahabat semua. Setiap ujian, liku-liku kehidupan dan kejayaan yang ingin kita capai mestilah mempunyai onak dan ranjau perlu kite lalui.
Ingin saya nasihatkan bahawa setiap kali kaki kita 'terpijak' di dalam suatu situasi yang belum tentu kita pasti sama ada itu adalah yang terbaik atau tidak, yakinlah dan percayalah bahawa perencanaan Allah itu sangat hebat, Dia menjadikan sesuatu ujian setiap hamba-Nya pasti ada hikmah-Nya yang sukar kita ketahui apa ada pada awal-awalnya. Tetapi yakinlah kemanisannya pasti kita rasai di akhirnya.
Ape yang boleh sy cakapkan siape pun anda dan siape pun kite semua nie, kite semua adalah ORANG BERJAYA. Yakin dan teruskan apa yang telah kite mulakan. Disaat meneruskan pengajian dalam kelas tu, adatlah ada onak dan duri tetapi yakinlah onak yang duri itulah karpet yang sangat lembut bila kita perolehi keputusannya.
Jadilah juga orang yang tidak kedekut ilmu. Kalau kita tahu sesuatu, share dan ajarlah kawan-kawan. Share dan ajar kawan-kawan di sini tidak bermaksud kita boleh bagi contoh assignment kepada kawan-kawan kita tetapi kita lebih kepada membimbing dan menjawab setiap persoalan yang kawan kita tak faham. Maka dengan cara ini, kita menjadi lebih mahir dan lebih tahu ape yang kite belajar. Percayalah semakin kita berkongsi ilmu dan kawan-kawan maka semakin banyaklah manfaat dan ilmu lain yang kite perolehi. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Dia Lebih Mengetahui ape yang TERBAIK untuk diri kita. Jadi jangan takut untuk berkongsi ilmu pelajaran dengan sahabat-handai. Lagi banyak kita share dan berdiskusi ilmu pelajaran maka semakin banyaklah juga kita pelajari dan kita ketahui. Jika kita tak tahu atau tak faham jangan malu hendak bertanya, rajin-rajinlah bertanya dan berdiskusi dengan sahabat serta pensyarah. Insha Allah semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita perolehi.
Terima kasih kepada ibu bapa,pensyarah-pensyarah, sahabat handai, rakan-rakan sepejabat yang banyak membantu saya dan mempermudahkan urusan saya di saat saya buat assignment dan ramai lagi. Terima kasih juga kepada bos saya sudi mempermudahkan saya menyiapkan tugasan saya di tahun akhir yang lalu.
Terima kasih...terima kasih...alhamdulillah...
<Sujud Syukur!!!!...aameen>
No comments:
Post a Comment